30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KPLB Sabah peruntukan RM100,000 naiktaraf jalan ke Surau Kg.Pantai Sri Gading

Oleh : Marryan Razan

MEMBAKUT: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan menyediakan peruntukan kira-kira RM100,000 untuk menaiktaraf jalan menuju ke Surau Kg Pantai Sri Gading untuk keselesaan masyarakat Islam, di kampung itu.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, projek menaiktaraf jalan gravel ke jalan konkrit itu dijangka akan dilaksanakan tahun ini.

Ewon bersama Ismaily meninjau keadaan Surau Kg.Sri Gading Membakut.

“Pada tahun lalu, saya telah menerima permohonan daripada penduduk Kampung Pantai Sri Gading melalui Datuk Ismaily Bungsu yang memohon kepada KPLB Sabah untuk menyelenggara Surau ini dan saya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM70,000 untuk tujuan itu.

“Fasa kedua penaiktarafan jalan menuju ke Surau ini melibatkan peruntukan lebih kurang RM100,000 yang saya persetujui untuk dilaksanakan tahun ini. Selepas melihat sendiri keadaan jalan tersebut, saya dapati ia memang perlu dinaiktaraf ke jalan konkrit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau kerja-kerja penyelenggaraan Surau Kg Pantai Sri Gading Membakut sempena lawatan kerjanya di sini, pada Khamis.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, peruntukan untuk menyelenggara Surau dan menaiktaraf jalan menuju ke surau itu adalah antara sumbangan dan keprihatinan kerajaan negeri melalui KPLB Sabah untuk masyarakat Islam di kampung itu.

Beliau berkata secara keseluruhannya, KPLB Sabah hanya menerima sedikit permohonan untuk menyelenggara surau kerana kampung-kampung lain mempunyai peruntukan sendiri yang dikendalikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah.

Ewon ketika ditemui pemberita selepas meninjau kerja-kerja penyelenggaraan surau itu.

“KPLB Sabah hanya menerima beberapa permohonan daripada penduduk kampung khususnya di perkampungan Mini Estate Sejahtera (Mesej) dan Kampung Sejahtera,” katanya.-TAMAT-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN