26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 10, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KPLB Sabah Dan JCI Intan Bekerjasama Jayakan Program Keusahawanan Wanita Luar Bandar

OLEH MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan bekerjasama dengan Junior Chamber International (JCI) Intan untuk melaksanakan Program Keusahawanan Wanita Luar Bandar tahun ini.

Ewon ketika berucap pada majlis itu.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, kerjasama strategi antara kementerian dan badan bukan kerajaan itu pastinya akan memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar terutamanya golongan usahawan wanita.

“Program Keusahawanan Wanita Luar Bandar yang akan dilaksanakan tidak lama lagi itu, bertujuan membantu meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mengenai konsep perniagaan kepada usahawan wanita luar bandar,” katanya.

Ewon bergambar bersama para pemimpin JCI Intan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis JCI Intan 45th Installation and Awards Banquet, di Shangri-La Tanjung Aru, di sini, kelmarin.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, JCI Intan mempunyai peranan penting memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata, ini penting kerana masa depan Malaysia terletak pada golongan belia dan JCI Intan antara contoh untuk memberikan ruang kepada golongan berkenaan menonjolkan bakat kepimpinan mereka.

Ewon menerima cenderakenangan daripada Presiden JCI Intan 2020 Jean Ivy Denis.

“Badan ini juga berperanan memperkenalkan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan bangsa menerusi kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan.

“JCI Intan terkenal dengan program latihan kepimpinan belia yang mana ianya bukan sahaja memberikan tumpuan terhadap kualiti kepimpinan individu tetapi juga melahirkan usahawan berjaya. Ini selari dengan usaha kerajaan dalam dasar pembangunan keusahawanan,” katanya. –TAMAT

Ends

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN