OLEH: CLEO WILL
TUARAN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tuaran telah menyita sebanyak 340 liter minyak diesel bersubsidi kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan itu.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Tuaran, Siti Kamaliah Syamsuddin berkata, tindakan itu diambil susulan daripada aduan yang diterima melalui orang awam dan hasil risikan yang dijalankan.
Serbuan ke atas premis yang dijalankan kira-kira jam 11.00 pagi pada hari ini ( 17 Febuari 2020), anggota penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Tuaran telah menemui minyak diesel yang disyaki minyak diesel bersubsidi sebanyak 340 liter disimpan di sebuah premis di sebuah kampung di daerah ini.

Maklumat awal yang diterima, minyak diesel tersebut disyaki dijual kepada penduduk kampung berhampiran.
Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati pemilik premis tersebut juga tidak mempunyai sebarang kebenaran bertulis atau permit untuk menyimpan dan menjual barang kawalan tersebut daripada Pengawal Bekalan Malaysia. –
Tambah Siti Kamaliah, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk tindakan lanjut –TAMAT–