26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPDNHEP Labuan adakan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari

PEMERIKSAAN…. Junaidah (kiri) ketika membuat pemeriksaan dan pemantauan harga telur di salah sebuah pasar raya di sini, pada Khamis.

LABUAN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan  Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Labuan mengadakan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari bagi memastikan keberadaan barangan kawalan dan  keperluan sentiasa mencukupi di pasaran.

Penagarah Pejabat KPDNHEP Labuan,  Junaidah Arbain berkata, selain itu ia juga bertujuan  untuk memastikan tidak ada peruncit melakukan kesalahan dengan meletakkan harga bukan kawalan.

“Pasukan Penguatkuasa KPDNHEP Labuan melaksanakan pemantauan  dan pemeriksaan pada setiap hari  bagi memastikan barang keperluan berada di pasaran dan selain itu untuk memastikan harga yang ditetapkan setiasa di patahi oleh peniaga terutamanya yang membabitkan minyak masak, gula dan telur ayam” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengetuai Pemeriksaan dan Pemantauan Barang Kawalandan Penguatkuaaan Akta   oleh pasukan Penguatkuasa KPDNHEP di salah sebuah pasaraya di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan peniaga  dan peruncit yang telah mematuhi penjualan telur ayam  gred A, B dan C mengikut harga  kawalan siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Bagaimanapun bagi telur ayam gred AA, Omega dan Nutriplus contohnya  itu adalah telur yang tidak dikawal harga, maka harga itu telah di tentukan oleh faktor penawaran dan permintaan” katanya.

Jelas Junaidah lagi, pihaknya  juga sebelum ini telah mengadakan Ops Anti Sorok  bertujuan untuk mengekang aktiviti penyorokan  barang kawalan yang dilakukan oleh pemborong mahupun peruncit.

“Setakat hari ini pihak kami tidak ada menerima  sebarang aduan mengenai aktiviti  menyorok bekalan barangan kawalan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN