25.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan tumpaskan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi

Pegawai Penguatkuasa KPDN ketika membuat pemeriksaan keatas kenderaan pacuan empat roda yang disyaki Cuba menyeleweng diesel.

LABUAN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan berjaya menumpaskan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Op Tiris 3.0, di sini pada Ahad.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata diesel bersubsidi itu ditemukan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diperiksa di sebuah stesen minyak di sini.

“Pegawai Penguatkuasaan KPDN telah memeriksa sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki terdapat barang kawalan didalamnya iaitu diesel bersubsidi.

“Kenderaan itu juga didapati telah diubah suai dengan di bawahnya mempunyai tangki besi tambahan yang berisi deisel” katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini kelmarin.

Jelasnya lagi, pemandu kenderaan berkenaan seorang lelaki berumur 51 tahun direkodkan keterangan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Barangan 1961.

Sementara itu, beliau menjelaskan jumlah keseluruhan nilai sitaan bernilai RM16,075.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN