29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan sahkan tiada berlaku kekurangan isipadu RON 95.

Pegawai Penguatkuasa KPDN melaksanakan pemeriksaan sejurus menerima aduan seperti yang didakwa pengisian RON95 tidak mengikut isipadu yang dibenarkan.

LABUAN: KPDN Wilayah Persekutuan Labuan mengesahkan tiada berlaku kekurangan isipadu minyak RON95 di bawah Ralat maksimum yang dibenarkan dan semua pengusaha stesen minyak di pulau ini mematuhi standart pengukuran yang ditetapkan.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata, Bahagian Penguatkuasa sentiasa menjalankan pemeriksaan menyeluruh dari masa ke semasa di kesemua stesen minyak di pulau ini dan hasil dari pemeriksaan itu mendapati semua pam stesen menggikut sukatan isipadu yang dibenarkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan video tular di facebook baru baru ini yang mendakwa pengisian 20 liter petrol disebuah stesen minyak tidak menunjukkan paras yang sama apabila diisi kedalam gelen komersial 20 liter.

“Susulan dakwaan tersebut, sepasukan anggota penguatkuasa KPDN telah ditugaskan menjalankan siasatan di stesen minyak berkenaan menggunakan alat pengukur piawaian 20 liter yang diperakui oleh National Metrology Institute of Malaysia (NMIM).

“Pam petrol di stesen minyak berkenaan telah diperiksa secara terperinci dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang kekurangan liter seperti y ang didakwa. Kesemu pam yang diuji mempaparkan bacaan isipadu yang berada dalam ralat maksimum di benarkan”, katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Junaidah menjelaskan bahawa gelen komersial yang dijual dipasaran tidak boleh digunakan untuk membuat perbandingan isipadu bahan api, ini kerana gelen berkenaan tidak ditentusahkan dan tidak mempunyai meterial metrologi serta tidak direka mengikut piawaian pengukuran yang tepat.

Junaidah berkata, KPDN Labuan kekal komited memastikan ketelusan urus niaga barang kawalan, melindungi hak pengguna dan memastikan peraturan undang undang yang sedang dikuatkuasakan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berkaitan pematuhan perniagaan digalakkan untuk menyalurkan kepada KPDN Labuan untuk tindakan selanjutnya.

Aduan boleh disalurkan melalui saluran rasmi KPDN Portal -Aduan https:// eaduan. kpdn. gov. my atau hubungi terus ke Pejabat KPDN Labuan 087-423153 atau hubungi bilik gerakan KPDN Labuan 087-423209 atau whatsapp http://www wasap. my/+ 6019848000/Aduan+Pengguna

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN