ADVERTISEMENTspot_img

KPDN Labuan perkasakan pemantauan BUDI95 dan SKPS di Stesen Minyak

Penguatkuasa KPDN Labuan ketika melalulam pemantauan pelaksanaan BUDI95 dan SKPS di salah sebuah stesen minyak.

LABUAN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan giat memperkasakan pemeriksaan dan pemantauan di semua stesen minyak bagi memastikan pelaksanasn BUDI95 dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) berjalan dengan lancar.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata, selain itu pihaknya juga memberikan advokasi kepada pengguna serta tindakan mengenai aduan berkaitan penyelarasan semula Petrol RON95.

“KPDN Labuan akan terus mempergiatkan usaha pemantauan dari masa ke semasa bagi memastikan pengguna di Labuan menikmati manfaat sepenuhnya hasil pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan”, katanya di sini, pada Khamis.

Junaidah berkata, KPDN Labuan juga telah menempatkan satu pasukan penguatkuasa di setiap stesen minyak bagi membantu melancarkan proses pelaksanaan BUDI95 dan SKPS.

“Dalam waktu yang sama ia juga bertujuan memastikan Petrol RON95 hanya dibeli oleh pengguna yang berkelayakan serta mengelakkan penyalahgunaan kad pengenalan dalam pembelian minyak petrol RON95 bersubsidi”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN