Korban banjir yang landa Eropah capai lebih 180 orang

Korban banjir yang landa Eropah capai lebih 180 orang

21/07/2021 Off By Admin

Germany: Canselor Jerman, Cik Angela Merkel, menyifatkan banjir yang memusnahkan sebahagian kawasan negara-negara Eropah sebagai satu yang “menakutkan” selepas jumlah kematian di rantau itu meningkat kepada 188 orang dan satu kawasan di negeri Bavaria teruk dilanda hujan ribut dan banjir.


Cik Merkel menjanjikan bantuan kewangan yang pantas selepas melawat salah satu kawasan paling teruk terjejas yang mengorbankan sekurang-kurangnya 157 orang di Jerman sahaja, satu bencana alam terburuk dalam tempoh masa hampir enam dekad.

Satu lagi kawasan, Adenau di negeri Rhineland-Palatinate, juga teruk terjejas.
Selain itu, jalan raya habis musnah dan berubah menjadi sungai dengan kenderaan hanyut dibawa arus dan kawasan darat kini ditenggelami lumpur tebal di Berchtesgadener Land.

Menurut agensi berita Reuters, ratusan pekerja penyelamat sedang mencari mangsa di daerah yang bersempadankan Austria itu.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.

Negara jiran, Belgium pula mencatat sekurang-kurangnya 27 mangsa terkorban, setakat ini.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kedua-dua negara masih bertungkus lumus melaksanakan operasi secara berterusan.

Hujan lebat turut membadai Switzerland, Luxembourg dan Belanda, manakala petugas kecemasan di Salzburg serta Tyrol, Austria, diletakkan dalam tahap tinggi berjaga-jaga untuk menghadapi banjir.

“Hujan lebat dan ribut telah mengakibatkan kerosakan teruk di beberapa kawasan di Austria,” kata Canselor Sebastian Kurz melalui Twitter. – AFP.