30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KOR SISPA UMS BERJAYA MENGADUN HASIL PEMBELAJARAN DALAM PERSEMBAHAN

𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗢𝗞𝗨𝗥𝗜𝗞𝗨𝗟𝗨𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗦𝗧𝗘𝗥 𝟭 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟯 telah menyaksikan penguasaan hasil pembelajaran bidang, kemahiran sosial dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan mahasiswa yang mengambil kursus kokurikulum berkredit Kor SISPA di Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPPUMS), apabila mereka telah berjaya mengadunkan kandungan pembelajaran dalam persembahan kebudayaan. Bagi menghargai pencapaian yang sesuai dengan peranan UMS sebagai peneraju masyarakat inovatif  tersebut, Kor SISPA menjadi pilihan pengarah PKPPUMS untuk merangkul Anugerah Khas Pengarah sempena karnival tersebut. ‘Ini adalah pembakar semangat kepada penerima dan mahasiswa lain untuk terus menghayati dan mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari melalui kursus kokurikulum berkredit’, kata pengarah PKPP, Profesor Madya Dr. Jurry Foo.

Persembahan yang melibatkan seramai 107 orang Pegawai Kadet SISPA (PKS) dengan tema ‘Adiwira’ Kor-Sispa UMS membawakan penceritaan ringkas ‘Misi Menyelamat Banjir’. Melalui persembahan itu, unsur budaya masyarakat diketengahkan dengan berlatarkan sebuah kampung yang sedang mengadakan majlis perkahwinan mengikut adat budaya tempatan. Senario bencara banjir yang melanda kampung tersebut dijadikan sebagai latar untuk menyampaikan teknik menyelamat kecemasan yang digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir iaitu teknik (1) dukung sayang, (2) pikul uncang,  (3) gaya memapah,
(4) dukung penyelamat, (5) teknik berekor-ekor, (6) duduk di atas dua tangan, dan 
(7) merangkak menyelamat. Slogan Sedia, Pantas dan Berintegriti anggota Angkatan Pertahana Awam Malaysia (APM) akan sentiasa memastikan warga Malaysia sentiasa aman dan sejahtera. Sebagai rekod, ramai graduan UMS daripada Kor SISPA yang telah berkhidmat dalam APM atas penguasaan mereka dalam bidang tersebut. Persembahan Kor SISPA boleh dilayari di akaun Youtube rasmi Kor SISPA UMS https://youtu.be/2PQDI31uV6s

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN