MENARIK…Kuda lengkap berbaju digunakan untuk pengantin lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan. Juga digunakan untuk perayaan tertentu.
KOTA BELUD: Bagi memartabatkan dan memelihara warisan budaya suku kaum Samah, Koperasi Warisan Budaya Samah Berhad telah dilancarkan di Kampung Linau baru-baru ini.
Majlis yang dihadiri oleh 50 ahli komuniti setempat dirasmikan oleh pengerusi koperasi, Encik Apil Sadin.

BUDAYA SAMAH …Pakaian tradisi Bajau Samah di pakai semasa majlis persandingan kaum ini.
Berucap pada majlis perasmian itu Apil berkata koperasi ini ditubuhkan untuk menekankan pentingnya kesedaran generasi kini dalam mengekalkan identiti budaya tradisional.
“Koperasi ini akan mengurus penyewaan pakaian tradisional, alat muzik seperti gong dan kulintangan, serta menjalankan program pendidikan budaya,” tambahnya

TRADISI USUNGAN .. Usungan digunakan semasa majlis perkahwinan dimana pengantin lelaki duduk diatas usungan dan usungan ini di angkat beramai -ramai menuju ke rumah pengantin perempuan.
Beliau berkata usaha ini juga membuka peluang ekonomi dalam bidang pelancongan dan pemuliharaan warisan.
“Usaha ini juga sekali gus mengukuhkan jati diri masyarakat Samah,” kata Apil.



