Suhaili (tengah) bersama Ahli Persatuan Kontraktor G1.
LABUAN: Syarikat Kontraktor tempatan terutamanya Kontraktor Kecil seperti G1 diseru untuk supaya terus menjaga dan meningkatkan kualiti serta perkhidmatan agar lebih kompetitif dan berdaya saing.
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman berkata peluang pekerjaan atau projek yang ditawarkan secara tidak langsung akan membantu merangsang pembangunan kontraktor kecil dan sederhana.
“Oleh itu syarikat Kontraktor Kecil seperti G1 harus bijak mengambil peluang untuk mempertingkstkan kualiti kerja untuk kekal sebagai Kontraktor yang berdaya saing dalam industri pembinaan” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor G1 Wilayah Persekutuan Labuan, di sini baru baru ini.

Suhaili menerima cenderahati daripada Chemat.
Sementara itu beliau menegaskan setiap peruntukan Parlimen yang diperuntukan kepada beliau akan terus diagihkan kepada Kontraktor tempatan G1 selaras dengan dasar kerajaan untuk membantu meningkatkan ekonomi kontraktor kecil sekaligus menyumbang kepada pembangunan negara.
Suhaili turut menyarankan kepada kontraktor G1 supaya tidak berdiam diri berkaitan isu kartel yang berlaku di Jabatan Kerajaan mahupun kontraktor luar dari Labuan yang mendaftar menggunakan alamat di Labuan.
“Saya saarankan kepada Kontraktor G1 supaya tidak berdiam diri untuk menulis surat kepada saya mengenai isu kartel di jabatan kerajaan supaya perkara ini dapat ditangani dan di banteras” katanya.
Pada majlis itu Suhaili turut memberikan sumbangan melalui peruntukan Parlimen sebanyak RM10,000.00 kepada Persatuan Kontraktor G1 untuk tujuaan pengurusandan aktiviti persatuan tersebut.
Hadir sama, Pengerusi Persatuan Kontraktor G1 Labuan, Haji Chemat Haji Mustapha.



