26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KONTINJEN BOLA BALING BAWAH 12 RANAU UCAP TERIMAKASIH KEPADA AHLI PARLIMEN DAN SEMUA ADUN RANAU

Datuk Jonathan ketika menyampaikan sumbangan

RANAU: Kontinjen bola baling bawah 12 kategori lelaki dan perempuan yang akan berangkat ke Pertandingan Bola Baling Bawah 12 Peringkat Negeri Sabah pada minggu depan merakamkan ucapan setinggi terimakasih kepada Ahli Parlimen dan semua  ADUN Ranau atas sumbangan ikhlas yang diberikan.

Pengurus Kontinjen Bola Baling Bawah 12 Ranau, Zulfazly Rashid semasa ditemui media Borneo Daily Bulletin memberitahu, ketika kontinjen benar-benar kekurangan dana untuk menampung kos perbelanjaan selama 3 hari berada di kejohanan yang berpusat di Dewan Datuk Salleh Sulong Papar, sumbangan dan sokongan ini sangat membantu dan dihargai.

“Sekali lagi bagi pihak kontinjen mengucapkan terimakasih kerana meringankan beban kami. Kita akan maklumkan kepada kontinjen terutama sekali anak-anak yang bakal mengharumkan nama Ranau bahawa sumbangan bagi menampung kos perjalanan, sewa penginapan dan makan minum sepanjang berada di kejohanan disumbangkan oleh semua pemimpin politik tersebut. Mungkin mereka tidak kenal tapi mendengar dan mengingat nama yang pernah membantu mereka pasti akan dikenang selamanya,” jelas Zulfazly.


Pasukan Bola Tampar lelaki/perempuan menjalani latihan pusat di Marakau Extreem Futsal

“Selain daripada mereka, ada juga individu tertentu yang relah hati memberikan sumbangan seperti Pengurus Perabot Liang, PIBG SK. Nalapak, SK. Kilimu, SK. Paginatan, SK. Paus, SK. Lohan, SK. Langsat, SK. Badukan, SK. Mohimboyon, SK. Kaingaran  termasuk beberapa indiviu dari Kg. Nalapak, Kg. Kebuh dan PMG Pharmacy, Ranau (Dr. Julian Sidin). Kita ucapkan terimakasih,” jelas Zulfazly.

Menurutnya Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Peringkat Negeri Sabah dijangka akan berlangsung pada 9 hingga 11 Ogos ini. Seramai 20 orang pemain kategori perempuan dan lelaki tidak termasuk para pegawai dan jurulatih akan bertolak selewat-lewatnya pada 8 Ogos ini.

Pasukan Bola Baling Bawah 12 Ranau kategori lelaki dibarisi Mohd Aizuddin Hamri (SK. Lohan), Mohd Izz Danish Ali Jasli (SK. Lohan), Nawfal Helmi Shufian (SK. Lohan), Faiz Nadzmie Mohd Norizan (SK. Lohan), Afif Shafiq Abdullah (SK. Lohan), Mohamad Idwan Adha Jusman (SK. Kaingaran), Mohammad Nabil Aqbal Md Syarif (SK. Kaingaran), Brooklyn Albetus (SK. Badukan), Farish Syamzanie Kaharin (SK. Langsat) dan M. Hafizul Quqqum Suardi (SK. Nalapak).

Manakala kategori perempuan terdiri daripada Elysibet Micheal (SK. Paus), Jorianah Maymis (SK. Paus), Virany Vahidin (SK. Paus), Qayesha Hazel Sajis (SK. Kilimu), Rya Elonna Roy@Roy Martin (SK.Badukan), Eviana Stephennie Stephen (SK. Badukan), Nur Alya Aisyah Shahridi (SK. Mohimboyon), Bardaina Elyanna Farhain Wasli (SK. Lohan), Nur Amniya Faizah Sumail (SK. Lohan) dan Nisrin Haumairah Mastin (SK. Paginatan).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN