33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Konsulat Jeneral Indonesia  pertimbang buka pejabat di Labuan

Gambar: CENDERAHATI…. Bapak Rafail (tiga kanan) menyampaikan cenderahati kepada Mohd Hafiez sambil diperhatikan oleh Marwan (kiri sekali), Rendi Wisnu( dua kanan) dan Fanny J. (kanan sekali)

LABUAN: Konsulat Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu bersedia untuk memberikan pertimbangan untuk menubuhkan sebuah pejabat perhubungan bagi membantu mempercepatkan proses dokumentasi pekerja warga Indonesia yang  bekerja di pulau ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Konsulat Jenaral, Bapak Rafail Walangitan ketika ditemui media pada Majlis Kunjungan hormat ke atas  Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Mohd Hafiez Md Daud di pejabatnya di Tingkat 8, Ujana Kewangan, pagi tadi.

Turut sama dalam kunjungan itu ialah pegawai konsulat, Muhamad Muhsinin Dolisada, Fanny J. Perdani, Marwan Wardhana, Rendi Wisnu Putra dan Jenny David.

Rafail berkata, ketika ini terdapat kira-kira 2,000 pekerja warga Indonesia sedang bekerja di pelbagai sektor termasuk dalam bidang Minyak dan Gas dan pembinaan.

Bagaimanapu penubuhan pejabat perhubungan itu hanya untuk membantu  proses  dokumentasi bagi  pengurusan pasport dan permit kerja.

“Sekiranya penubuhan pejabat itu tidak dapat dilaksanakan, maka kami boleh menghantar satu pasukan untuk membantu proses dokumentasi  warga kami di sini” katanya.

Terdahulu sebelum itu, Bapak Rafail bersama rombongan mengadakan pertemuan dengan gabungan Dewan-Dewan Perniagaan Labuan yang melibatkan Dewan Perniagaan Tionghua, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan, Dewan Perniagaan  dan Perusahan India Labuan, Dewan Perniagaan Kadazan Dusun Labuan.

Pertemuan itu diadakan  pada majlis makan tengah hari  tajaan Dewan Perniagaan Tionghua Labuan di salah sebuah restoran di sini.

Sempena lawatan kerja dua hari itu, bapak Rafail dan rombongan juga turut mengadakan lawatan ke Pusat Koreksional Labuan dan Pejabat Tenaga Kerja (JTK) Wilayah Persekutuan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN