27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kong Soon Choi, Flovia Ng, dipilih Ketua Wiramuda, Wiranita Parti STARSABAH.

KOTA KINABALU: Mantan Timbalan Ketua Wiramuda Parti Soladariti Tanah Airku (STARSABAH), Kong Soon Choi, telah dipilih menarajui sayap wiramuda parti itu untuk Sesi 2020 – 2023 selepas memenangi pertandingan tiga penjuru pada Mesyuarat Exco Wiramuda dan Wiranita Tri Tahunan, di sini, pada Rabu.

Kong menang dengan majoriti 70 undi selepas meraih 145 undi, mengalahkan mantan naib ketua wiramuda, Jordarn Jude Eliron,  yang memperoleh 60 undi dan Pranson Tiying, yang hanya meraih 10 undi.

Bagi jawatan timbalan ketua, dua calon masing-masing mewakili kouta Bumiputera Islam dan kouta Cina, menang tanpa tanding, iaitu Raziddin Robert Tawik dan Jackerson Ng Hwa Qing. Manakala jawatan timbalan untuk kouta Bumiputera Bukan Islam telah dimenangi oleh Prem Beachile Datuk Seri Panglima Dr.Jeffry @Geoffery Kitingan yang meraih 150 undi, mengalahkan dua calon lain iaitu Fedrius Jumi, 40 undi dan Jinitoh Sontori, 23 undi.

Dalam persaingan tiga jawatan naib ketua, kouta Bumiputera Islam telah dimenangi Mohd Ridzuwan Abidin (149), kouta Bumiputera Bukan Islam, Jess Joel Moriga (101 undi), dan Daniel Hiew Vun Leong (149 undi), untuk kouta Cina.

lima jawatan exco wiramuda, telah dimenangi, Lawrance Maidek (178 undi), Joseph Kolis (153 undi), Julson Kumpit (132 undi), Luyis Sungline (130) dan Jakry Benjamin (118 undi).

Sementara itu, Ketua Exco Wiranita telah dimenangi muka baru apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng, memenangi jawatan itu selepas menewaskan penyandang sebelum ini, Evelyn Gobile dan seorang lagi calon, Alviana Linus.

Flovia memperoleh 126 undi, Evelyn, 47 undi dan Alviana, 63 undi.

Untuk tiga jawatan timbalan exco, Maria Gimbun, Jainah Jainuddin dan Chee Kheng Moi, masing-masing diumumkan sebagai pemenang mewakili kouta Bumiputera Bukan Islam, Bumiputera Islam dan kouta Cina.

Jawatan naib ketua exco turut menyaksikan kouta Bumiputera Bukan Islam dimenangi Doris Alum, kouta Bumiputera Islam, Lorritah Ondoi, manakala Yeong Nyet Lan, menang untuk kouta Cina.

Pada pemilihan itu juga, lima daripada sembilan calon jawatan Ahli Jawatankuasa Exco Wiranita, telah dimenangi Ester Francis, Fredarica Tuainah Umbak, Julianah Gopog  Rashna Angin dan Sylvia David.

Terdahulu, mesyuarat yang diadakan di Dewan Sokid Villa, Bukit Padang, di sini, telah dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Sabah, merangkap Timbalan Presiden STARSABAH, Datuk Ellron Alfred Angin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN