25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Kong berpuashati kualiti ikan yang dijual di Pasar Papar

PAPAR: Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan (Ko-Nelayan) Sabah, Kong Soon Choi memuji kualiti ikan yang dijual kepada pengguna disekitar daerah ini.

Menyatakan perkara itu, beliau berkata kualiti ikan yang dijual sangat segar dan memenuhi citarasa pembeli dari kalangan masyarakat dalam daerah mahupun luar daerah termasuk dari negara jiran seperti Brunei Darussalam.

“Kualiti ikan yang ada disekitar Pasar Ikan Daerah Papar sangat berkualiti dan segar. Ini sudah tentu memberikan pulangan pendapatan yang lumayan dikalangan peniaga tempatan di daerah ini.” Jelasnya.

Kong turut menasihatkan agar para nelayan terus mematuhi peraturan penangkapan ikan yang ditetapkan dalam Akta Perikanan agar tidak melanggar sebarang undang-undang sedia ada.

Katanya penggunaan bahan letupan, renjatan elektrik atau sebarang racun perosak akan menjejaskan industri perikanan di negeri ini yang sekaligus boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Lawatan ke Pejabat Ko-Nelayan Wilayah Pantai Barat di Pekan Benoni.

“Saya berharap para nelayan terus mematuhi peraturan penangkapan ikan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan. Kualiti ikan perlu dikekalkan agar industri perikanan di negeri ini terus meningkat maju”. Katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas membuat tinjauan disekitar Pasar Ikan Daerah Papar pada Khamis lepas.

Sebelum itu, beliau turut membuat lawatan ke Pejabat Ko-Nelayan Wilayah Pantai Barat yang terletak di Pekan Papar dan Pekan Benoni untuk meninjau operasi pentadbiran organisasi itu seterusnya mendengar taklimat ringkas daripada pegawai berkenaan.

Turut bersama dalam lawatan itu adalah Cabrini Chia, Timbalan Pengurus Besar Ko-Nelayan Sabah dan pegawai-pegawai kanan yang lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN