Junior…..jawatan lantik politik turut dianggotai oleh PBS.
KENINGAU: Setiausaha Starsabah Bahagian N.40 Bingkor Junior Fred berkata kompenan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu PBS,PGRS, BN ( UMNO, MCA, PBRS ) dan PBS telah diberikan jawatan-jawatan lantikan politik.
Junior berkata demikian ketika menjawab kenyataan media oleh Ketua Penerangan PBS Bahagian Bingkor James Kini dalam portal Borneo Digest yang mengatakan PBS Bingkor mahu perkongsian 50-50 dengan Starsabah Bahagian N.40 Bingkor.
Tegas Junior, Starsabah Bahagian N.40 Bingkor tidak membolot semua jawatan yang ada, dan PBS Bingkor tidak disisihkan dalam pembahagian jawatan jawatan politik.
“PBS Bingkor ada dibahagi jawatan di Mahkamah Anak Negeri iaitu Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung, Ahli Majlis Daerah Keningau, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK )
dan juga GLC termasuk Ketua Masyarakat Cina ( Kapitan ) pun diberi kpd PBS” jelas Junior.
Menurutnya lagi, Starsabah Bahagian N.40 Bingkor tidak ada masalah dengan parti-parti Gabungan Rakyat Sabah ( GRS ).
Malahan katanya, STARSABAH Bahagian N.40 Bingkor sentiasa menjaga dan menjalinkan hubungan yang amat baik dengan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah.
Kata Junior lagi, kalaulah saranan PBS Bingkor seperti kenyataan Ketua Penerangannya yang mendesak jawatan jawatan politik di bahagi 50-50 diantara Starsabah dan PBS di bahagian Bingkor, ini bermakna parti-parti lain dalam GRS di DUN Bingkor tidak mendapat apa apa agihan jawatan.
“Ini bukan cara Starsabah Bahagian N.40 Bingkor, Starsabah Bingkor mengamalkan setiakawan dan tidak ada parti-parti dalam GRS yang dipinggirkan” sambung Junior. Kerajaan sekarang iaitu Gabungan Rakyat Sabah mengamalkan perkongsian kuasa yang mana Starsabah Bahagian Bingkor menterjemahkan perkongsian tersebut di DUN Bingkor” tambah Junior.
Junior juga berkata semua parti dalam gabungan telah berkorban dalam mempastikan kemenangan calon dari Starsabah iaitu Robert Tawik dalam pilihanraya umum negeri yang lalu.
Justeru itu katanya, Starsabah Bahagian Bingkor amat menghargai komitmen dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh para pemimpin parti-parti kompenan GRS.
Junior berkata kenyataan yang dibuat oleh James Kini sepatutnya tidak dibuat dalam akhbar.
Lebih mesra, datang berbincang dengan Wakil Rakyat Bingkor yang juga selaku Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor.