KOTA KINABALUļ¼Menteri Belia Dan Sulan Datuk Ellron Alfred Angin berkata, Kolam Renang Kompleks Sukan Tawau yang siap dibina pada 28 Disember 2021 belum mencapai status atau ciri-ciri bertaraf Olimpik.
Walau bagaimanapun katanya, kolam renang tersebut dibina mengikut spesifikasi kolam renang bersaiz Olimpik seperti yang digariskan oleh badan renang antarabangsa iaitu International Swimming Federation atau (FINA).
Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri ļ¼ADUNļ¼Kukusan Puan Rina Haji Jainal bertanya kepada apakah Kompleks Renang Tawau yang menelan belanja RM11,000,000.00, mempunyai ciri-ciri kolam renang bertaraf Olympic pada Persidangan DUN Sabah pada Isnin.
Ellron berkata, kemudahan kolam renang yang telah siap dibina adalah merangkumi Kolam Pertandingan (Competation Pool) dan Kolam Kanak-kanak (Children Pool).
Jelasnya, Kolam Pertandingan bersaiz Olimpik ini boleh digunakan untuk tujuan latihan dan penganjuran kejohanan sukan renang pada peringkat negeri atau kebangsaan.