27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ko-Nelayan sentiasa memberikan kerjasama kepada PDRM Sabah

CENDERA KENANGAN…Kong Soon Choi menyerahkan cendera kenangan kepada Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah, Datuk Jauteh Dikun dalam kunjungan hormat pada Rabu.

KOTA KINABALU: Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) sentiasa memberikan kerjasama kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah khususnya dalam mempastikan keselamatan nelayan disekitar perairan negeri Sabah.

Pengerusinya, Kong Soon Choi berkata, pihaknya yakin dengan adanya kerjasama antara Ko-Nelayan dan pihak polis Sabah, golongan nelayan dan pengusaha ikan disekitar negeri ini akan terus mampu meningkatkan produk perikanan untuk keperluan rakyat dan meningkatkan ekonomi negeri.

“Kami yakin pihak PDRM Sabah sentiasa bersiap sedia dalam penugasan mereka khasnya yang melibatkan keselamatan perairan di negeri ini. Kesiapsiagaan mereka membolehkan para nelayan dan pengusaha ikan dalam sangkar sentiasa selesa menjalankan rutin pekerjaan mereka.” Katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai delegasi Ko-Nelayan Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Jauteh Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dekat sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Kong turut mengalu-alukan penyertaan daripada kaum keluarga PDRM Sabah yang berminat mengikuti kursus-kursus penternakan ikan termasuk penyediaan produk-produk makanan berasaskan perikanan yang disediakan oleh agensi mereka.

Kong bersama barisan Pegawai Kanan Ko-Nelayan Sabah mengabadikan gambar bersama Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah.

Katanya, pelbagai manfaat berguna dapat diperolehi oleh para peserta khususnya belia yang baru menamatkan persekolahan kerana agensi itu mempunyai kepakaran tertentu dari sudut penternakan ikan, udang termasuk pembuatan produk makanan berasaskan perikanan.

“Agensi kami menawarkan pelbagai kursus kepada para belia negeri ini untuk memberikan ilmu mengenai penternakan ikan, udang termasuk penyediaan produk makanan berasaskan industri perikanan. Justeru, saya mengalu-alukan penyertaan dari para belia termasuk juga kaum keluarga PDRM yang berminat”. Katanya.

Selain itu, beliau juga bercadang untuk mengadakan beberapa program kemasyarakatan yang menumpukan golongan nelayan di Pantai Timur Sabah dan menjemput pihak PDRM sebagai tetamu khas untuk menerangkan lebih lanjut mengenai isu-isu keselamatan semasa.

Jelasnya, perkara itu penting agar golongan nelayan dibawah seliaan agensi beliau dapat mengetahui lebih lanjut mengenai aspek keselamatan selain terhindar dari sebarang salah laku jenayah.

“Terdapat golongan nelayan yang bernaung dibawah agensi kami kadang kala tersasar menjalankan aktiviti penangkapan ikan sehingga menghampiri kawasan sempadan. Justeru itulah, penglibatan pihak PDRM penting untuk memberi taklimat keselamatan kepada mereka agar tidak berhadapan dengan sebarang isu keselamatan yang tidak di ingini”. Katanya.

Turut serta dalam kunjungan hormat itu adalah Hj.Yusof bin Ag Besar, Pengurus Besar Ko-Nelayan Sabah, Dahara binti Paro, Pegawai Bahagian Pembangunan Nelayan dan Burhan Japar, Pegawai Bahagian Pembangunan Industri Perikanan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN