27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Klinik Kesihatan Pekan Bingkor, Klinik Apin- Apin perlu dinaiktaraf: Robert

Beginilah keadaan Klinik Kesihatan Bingkor yang perlu dinaiktaraf.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin meminta Kementerian Kesihatan Malaysia menaiktaraf Klinik Kesihatan Pekan Bingkor dan Klinik Apin- Apin yang terletak di kawasan Bingkor.

Katanya, kedua-dua bangunan Klinik kesihatan tersebut sudah usang, dan perlu di dinaiktaraf ke tahap 4, agar ruang Klinik Kesihatan kedua duanya luas dan lebih banyak ruang untuk bilik baharu dibuat supaya pengurusan dan perjalanan perubatan lebih bersistematik.

“Ini kerana pesakit-pesakit yang datang menerima rawatan bukan saja daripada kawasan mukim Bingkor tetapi juga daripada seluruh DUN Bingkor” katanya.

Menurut Robert, permohonan untuk menaikkan taraf kedua Dua Klinik tersebut telah dikemukakan Tahun 2018 bagi Klinik Kesihatan Bingkor manakala Klinik Kesihatan Apin-Apin Tahun 2019 lagi.

“Tetapi sehingga ke hari ini belum ada apa apa respon dari Kementerian tersebut” jelasnya.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, beliau selaku Wakil Rakyat Bingkor sering kali banyak menerima laporan dan rungutan daripada penduduk di mukim Bingkor malahan daripada penduduk Bingkor dengan berapa masalah yang telah sekian lama dihadapi penduduk sekitar yang seringkali datang untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bingkor .

Jelasnya lagi, antara permasalahan yang disuara oleh penduduk adalah Klinik Kesihatan Bingkor tidak ada kemudahan XRay, ruang menunggu sangat sempit, tempat duduk menunggu giliran yang tersedia Diluar Pintu Klinik terdedah kepada cahaya terik matahari yang mengganggu keadaan pesakit yang menunggu giliran.

Beliau berkata, ruang tandas sangat sempit dan berada dalam ruangan tempat menunggu Dan berhadapan dengan bilik Pegawai Perubatan, ruang laluan dalam Klinik sangat sempit dan tidak selesai. Dan tidak ada ruang tempat meletak kenderaan untuk pesakit.

Justeru itu beliau meminta agar Kementerian Kesihatan dapat mempercepatkan kelulusan menaiktaraf kedua dua Klinik Kesihatan tersebut dengan mempunyai katil pesakit.

Robert turut merayu kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim agar dapat melihat permohonan tersebut memberikan keutamaan kelulusan yang sewajarnya.

Kedua-dua Klinik tersebut terletak di kawasan luar bandar yang mempunyai ramai penduduk yang sentiasa datang ke Klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan dan perubatan.

Beliau juga berkata, sudah sampai masanya, kedua-dua Klinik itu perlu dilengkapi peralatan moden.

“Dengan adanya peralatan moden sudah tentu mempermudahkan rakyat mendapat rawatan dan tidak perlu lagi ke hospital besar Daerah Keningau” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN