25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KKM kuatkuasakan sepenuhnya Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam bermila 1 Oktober ini.

Lukanisman menyerahkan sijil pengiktirafan BeSS kepada salah satu premis makanan sambil disaksikan Dr. Ismoni. (kanan sekali)

LABUAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menguatkuatkuasakan sepenuhnya Akta Kawalan Merokok yang merangkumi, produk merokok, penjualan, pengiklanan dan tajaan (Akta 852) bermula 1 Oktober ini

Demikian diberitahu oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Lukanisman Awang Sauni ketika ditemui media selepas melakukan Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata Akta 852 telahpun mula dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2024 secara berfasa dan seterusnya akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Oktober ini demi Kesihatan awam dan ianya juga selari dengan Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa) yang telah dilancarkan pada 1 Ogos lalu.

Beliau seterusnya berkata, Program Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) akan terus berusaha meningkatkan kesedaran, sokongan dan pematuhan masyarakat terhadap, disamping memastikan pematuhan larangan merokok di premis makanan di seluruh negara.

‘Menerusi program BeBAs, premis makanan yang memenuhi kriteria diberikan pengiktirafan BeSS sebagai jaminan kepada masyarakat memberikan bukti bahawa premis atau kedai berkenaan telah iktiraf dari sudut penyediaan makanan bersih dan selamat. Sekiranya berlaku insiden-insiden keracunan makanan kita akan memeriksa dan juga mengenakan tindakan kepada premis-premis tersebut’, katanya.

Dalam waktu yanh sama KKM juga katanya, telah mengeluarkan satu garis panduan yang ringkas dan jelas dimana setiap premis perlu memaparkan paparan larangan merokok dan vape dan juga tidak menyediakan tempat ataupun “ash tray” di meja-meja makanan termasuk perkara-perkara yang menyalahi berkaitan dengan asap rokok.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari 2024 hingga 31 Ogos 2024, KKM telah membuat sebanyak 365,765 pemeriksaan keatas premis di selurh negara, manakala 19,175 operasi telah dijalankan melibatkan sebanyak 114,939 Notis Seksyen 47 bagi kesalahan yang boleh dikompaun serta 915 kertas siasatan telah dibuka bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun di bawah Akta 852.

Pada program itu, sebanyak lapan premis telah diberi pengiktirafan BeSS, semuanya mematuhi Seksyen 18, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) dan Akta Makanan 1983.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) KKM, Dr Ismoni Bohari dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Francis Paul.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN