26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KK, MPKK diminta sebar kesedaran patuh PKP di kalangan penduduk: Abidin

Oleh: Cleo Will

RANAU: Ketua Kampung dan Ketua MPKK di kawasan Paginatan di sini diminta untuk menyebarkan kesedaran di kalangan penduduk masing-masing untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan untuk memerangi penyebaran virus Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paginatan Datuk Abidin Madingkir berkata ketika mengulas mengenai perkembanga baru-baru ini di mana dua individu yang tinggal di kawasan DUN Paginatan telah disahkan positif virus Covid-19.

Antara papan tanda dalam DUN Paginatan yang didirikan bagi menghalang orang luar daripada memasuki kampung berkenaan.


“Perintah telah diberikan kepada semua pemimpin masyarakat setempat di sini untuk memastikan tiada lagi penduduk kampung yang dijangkiti virus itu. Kita perlu mengambil serius perkara ini. Kita telah melihat apa yang berlaku sekarang di negara-negara lain seperti Itali di mana penduduknya tidak serius mengenai virus itu sejak mula menyebar di kawasan mereka.


“Untuk itu, semua Ketua Kampung dan MPKK di daerah Paginatan harus bekerja bersama dengan pihak berkuasa untuk memastikan semua orang tinggal di dalam rumah. Selain itu, pemimpin masyarakat tempatan juga diberitahu untuk mendirikan notis agar tidak membenarkan orang luar memasuki kampung mereka,” katanya.

LAGI papan tanda dalam DUN Paginatan yang didirikan bagi menghalang orang luar daripada memasuki kampung berkenaan.


Abidin berkata beliau sedih mengetahui bahawa sudah ada kes positif di Ranau, dan dengan itu merayu kepada penduduk Daerah Ranau supaya berhati-hati dan mematuhi PKP dan arahan dari Kementerian Kesihatan.


“Pertama sekali, tinggal di dalam rumah. Tidak perlu pergi ke pekan kecuali untuk kes-kes yang mendesak. Jika keluar, pakai face mask. Tidak perlu bertemu rakan-rakan. Kerajaan telah mengeluarkan PKP untuk kita duduk diam di rumah dari 18 hingga 31 Mac.

Salah satu notis larangan di Simpang Lohan Ulu


“Kedua, amalkan kebersihan anda dan kerap mencuci tangan. Elakkan berjabat tangan dengan orang lain. Elakkan daripada berkumpul di luar. Pastikan kita berdiri satu meter di antara satu sama lain ketika berada di luar,” katanya.


Sementara itu, Abidin juga memuji pengorbanan yang dibuat oleh semua yang terpaksa bertugas selama 14 hari PKP, terutama kepada doktor, jururawat dan semua kakitangan hospital, serta semua anggota polis, RELA dan anggota tentera yang menjaga jalan dari setiap kegiatan yang tidak diinginkan. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN