27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kim Jong Un masih hidup dan sihat’ – Korea Selatan nafi laporan media AS

KOREA Selatan menafikan dakwaan agensi berita Amerika Syarikat (AS) CNN bahawa Kim Jong-un berada dalam keadaan kritikal.

Menurut penasihat polisi asing presiden Korea Selatan, Moon Chung-in kerajaannya tegas dengan pendirian bahawa pemimpin Korea Utara itu sihat.
 
“Pendirian kami kekal. Kim Jong-un masih hidup dan sihat. Beliau berada di Wonsan
sejak 13 April.

“Tiada pergerakan yang menimbulkan kesangsian dikesan setakat ini,” kata Chung-in.

Terdahulu, CNN melaporkan Jong-un berada dalam keadaan kritikal susulan pembedahan.

Portal berita CNN melaporkan perkara itu yang memetik sumber pegawai Amerika Syarikat (AS) yang dakwa mempunyai pengetahuan secara langsung.

Jong Un sebelum ini tidak hadir pada sambutan hari lahir datuknya pada 15 April lalu yang menimbulkan spekulasi mengenai tahap kesihatannya.

Namun, beliau hadir pada mesyuarat empat hari sebelum itu.

Jong Un kali terakhir membuat penampilan di media rasmi Korea Utara pada 11 April. –Awani

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN