26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kibaran Bendera semarakan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kg. Bukit Kalam

SEMANGAT…  Shuhaimi (kiri) bersama AJK yang dilantik memasang bendera Wilayah Persekutuan sebelum digantung disepanjang jalan di Kampung Bukit Kalam

LABUAN: Biarpun Labuan  masih lagi  dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, namun Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit Kalam tetap bersemangat menyemarakkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 dengan memasang dan mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan sepanjang jalan di Kampung Bukit Kalam.

Pengerusi Jawatankusa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Kalam, Shuhaimi Hj Kula berkata, kira-kira 200 helai bendera Wilayah Persekutuan telah dipasang di sepanjang jalan  Kampung Bukit Kalam.

Katanya, Pemasangan bendera tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat yang melibatkan hanya Ahli Jawatankuasa Kampung yang dilantik bagi mematuhi SOP PKP 2.0 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

GANTI….. Hajimin mengantikan bendera Wilayah Persekutuan yang rosak di astaka kampung Bukit Kalam

“Hampir 200 bendera Wilayah Persekutuan menghiasi persimpangan Jalan Mohamad Salleh dan Jalan Bebuloh yang menjadi laluan utama di Kampung Bukit Kalam. Selebihnya dipasang dipersimpangan rumah penduduk kampung” katanya ketika digubungi di sini, pagi ini.

Sementara itu, penduduk kampung Bukit Kalam, Hajimin berkata, walaupun negara ketika ini dalam situasi Proklamasi Darurat dan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19, namun keadaan tersebut tidak mematahkan semangat patriotik beliau  dan rakannya yang lain selaku warga Wilayah Persekutuan Labuan untuk terlibat dalam mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan.

KIBARAN….. bendera Wilayah Persekutuan dipersimpangan Jalan Mohamad Salleh dan Jalan Bebuloh

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN