26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kg.Tungou rancang pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan, Hari Sabah, Malaysia

JALUR GEMILANG…Sebahagian kawasan Kg.Tungou yang dihiasi Jalur Gemilang

RANAU: Sempena  Hari Sabah dan Hari Malaysia tahun  ini, Kelab Warga Emas Kg.Tungou di sini,  merancang pelbagai aktiviti bagi menyamarakkan lagi suasana sambutan kedua-dua tarikh bersejarah itu.

Tinjauan  penulis ke Kg.Tungou  pagi tadi mendapati sepanjang tepi jalan  kawasan kampung sudah   dipasang bendera jalur gemilang dan bendera negeri Sabah hasil usaha dan kerjasama pasukan Rela Platun 0010 Kg.Tungou serta sokongan daripada para warga emas kampung berkenaan.

Kelab Warga Emas kampung juga tidak ketinggalan turut bergerak aktif merancang akan menganjurkan Pertandingan Melastik  Santai Perpaduan terbuka kepada warga kampung Tungou sahaja bagi katogeri Warga Emas lelaki dan Warga Emas Wanita bertempat di perkarangan Gerai Perpaduan Kg.Tungou pada 1 September 2024 bermula jam 8.30 pagi, juga akan dikendalikan  oleh Platun  Rela 0010 Kg.Tungou.

Agustine@Jurus Dabbal

Pengerusi Jawatankuasa penganjurnya, Agustine@Jurus Dabbal ketika ditemui memberitahu, mereka juga menyediakan aktiviti  Karaoke  santai ‘Tajaan’ kategori warga emas, Melastik kategori Dewasa dan Kanak-kanak pada tarikh yang sama.

“Hadiah-hadiah menarik sedang menanti mereka yang bakal memenangi tempat Johan, Naib Johan dan ketiga”, jelas Agustine.

“Kita menjemput penduduk kampung ini untuk hadir dan menyertai acara-acara yang bakal diadakan bertemakan Malayasia Madani Jiwa Merdeka”, tambah Agustine.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN