ADVERTISEMENTspot_img

Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat curi motosikal di Penampang

Suspek bertanda X

PENAMPANG: Polis menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 17 dan 25 tahun yang disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di daerah ini dalam satu operasi pada 10 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintendent Sammy Newton berkata ketiga-tiga suspek ditahan sepasukan polis dalam operasi yang dijalankan di sekitar daerah Penampang.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah motosikal dan anak kunci motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan hasil curian dalam operasi berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta denda.

Sammy berkata polis akan terus mempergiat usaha mengesan dan membanteras kegiatan jenayah, khususnya kes kecurian kenderaan di daerah Penampang.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kenderaan menjadi sasaran pencuri, termasuk memastikan kenderaan dikunci dengan sempurna, menggunakan kunci keselamatan tambahan serta meletakkannya di kawasan yang terang dan selamat.

“Masyarakat juga diseru supaya sentiasa peka terhadap keadaan persekitaran dan segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan individu, kenderaan atau sebarang aktiviti yang mencurigakan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN