32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kg.Kumawanan Baru Bingkor tidak ketinggalan dari arus pembangunan

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU:Kampung Kumawanan Baru Bingkor tidak ketinggalan dari arus pembangunan dibawah kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Pengerusi JPKK Kampung Kumawanan Baru/Gana Bingkor Jamilah Binti Bianus berkata, atas keprihatinan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya kampung ini mendapat kemudahan jalan raya konkrit sepanjang 600 meter dan. Empangan Sawah Padi Kampung Kumawanan Baru yang sudah siap sepenuhnya.

Dan yang terbaru katanya,  ialah projek pengorekan dan pelurusan saliran air anak sungai Luagan di sawah padi kampung ini yang menuju ke anak Sungai Mengitom/ Bayayo sepanjang 1.5 kilometer.

Jamilah….Pengerusi JPKK.

Jelas Jamilah, sebelum ini seringkali dan sawah penduduk yang terlibat  musnah akibat hakisan apabila banjir kilat berlaku.

Menurut Jamilah, saliran anak sungai ini  tidak pernah diselenggara menggunakan jentera sejak dari dahulu lagi.

Berikutan dengan kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh penduduk kampung ini, saya bagi pihak penduduk kampung Kampung Kumawanan Baru Bingkor ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada  Robert atas keperihatinannya membawa pembangunan infrastruktur asas untuk kemudahan dan keperluan penduduk  kampung ini.

“Walaupun beliau (Robert) belum pun sampai setahun menjadi wakil rakyat Kawasan Bingkor namun Kampung Kumawanan Baru senantiasa diberi perhatian seiring dengan kampung-kampung lain di kawasan ini.

“Saya juga merakamkan penghargaan kepadaJurutera Daerah Jabatan Pengairan Dan Saliran Keningau Tuan Dachord J. Moujing dan jabatan-jabatan berkaitan yang terlibat dalam pelaksanaan projek-projek tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN