26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kewujudan dua projek mega di Sipitang bakal beri peluang pekerjaan

Dr. Yudof bersama rombongan semasa melawat Kampung Kelangsat.

SIPITANG:Kewujudan dua projek mega seperti Sipitang Oil & Gas Industrial Park(SOGIP) dan Korrich Holding Sdn Bhd yang akan beroparasi tidak lama lagi akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di daerah ini dan sekitarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sindumin Datuk Dr.Yusof Hj.Yacob berkata, dianggar 6,000 pekerja dari luar dan dalam daerah dengan kewujudan dua projek mega ini sekaligus membawa kepada peningkatan kepada pelbagai sektor ekonomi kepada rakyat dan daerah Sipitang.

Sehubungan dengan ini Dr. Yusof menggesa penduduk di daerah ini agar merebut peluang pekerjaan yang ada.

Pada masa sama beliau menyarankan agar penduduk kampung terus meningkatkan potensi dalam menjana ekonomi keluarga berasaskan pertanian. 

Dr. Yusof berkata demikian selepas mengadakan lawatan lawatan kemasyarakatan di tiga buah kampung iaitu Sungai Iteh, Kelangsat dan Kuala Muaya baru-baru ini.

Turut serta dalam lawatan itu, Pertubuhan Suara Rakyat Sipitang dan Persatuan Peduli Rakyat Sipitang.

Lawatan itu bertujuan membuat penyerahan sumbangan serta rasa keperihatinan terhadap penduduk kampung.

Antara peralatan barangan yang di sumbangkan adalah barangan binaan baik pulih dewan makan gereja dan pembinaan baru dapur rumah Pastor Gereja SIB Sungai Iteh.

Rombongan turut menyampaikan sumbangan pembinaan semula rumah Pastor Gereja SIB Kampung Kelangsat.

Kerja-kerja akan dilakukan secara bergotong royong di kalangan penduduk setempat.

Program diteruskan dengan penyerahan peralatan sukan untuk golongan belia serta peralatan untuk aktiviti wanita.

Pada lawatan itu rombongan sempat menziarahi dan memberi sedikit sumbangan serta mengucapkan salam takziah kepada keluarga yang ditimpa musibah.

Seterusnya merasmikan paip graviti Kampung Kelangsat yang dibiayai peruntukan khas ADUN N.35 Sindumin.

Turut disampaikan sumbangan kerusi plastik, barangan sukan kepada belia dan barangan aktiviti wanita Kampung Kuala Muaya.

Selain daripada itu penyampaian sumbangan beberapa peralatan kepada golongan wanita bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti hasil tangan dari kalangan wanita setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN