28.4 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Keunikan budaya Sabah harta paling berharga yang diwarisi penduduknya: Abidin

Abidin dan lain-lain memotong kek sambutan tersebut

RANAU: Rakyat Sabah boleh berbangga kerana mewarisi peradaban yang tinggi dari segi keunikan budaya, di mana wujudnya keharmonian dalam Masyarakat majmuk.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, di Sabah amat unik kerana masyarakat boleh duduk semeja makan bersama walaupun berlainan agama.

“Orang Sabah mempunyai toleransi agama dan kaum yang amat tinggi. Inilah yang perlu kita pelihara dan kekalkan demi masa depan anak cucu kita.

“Mungkin ada yang belum sedar bahawa budaya menerima satu sama lain dalam harmoni dan perpaduan tidak wujud d semua tempat. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita miliki selamat ini di Sabah,” katanya.

Abidin yang juga Adun Paginatan berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perayaan Krismas dan Tahun Baru Anjuran Pemegang Adat dan JKKK Mukim Paus/Paginatan yang diadakan di Dewan Gereja Saint Edwin Maringkan baru-baru ini.

Sementara itu beliau turut memberi beberapa ulasan tentang pemasalahan kampung di sini, khususnya di Mukim Paginatan dan Paus.

“Berkenaan status Pekan Kecil Paginatan, tapak cadangan Pekan Kecil sudah dikenalpasti dan sudah dalan perhatian Jabatan Tanah dan Jabatan Hasil Bumi Sabah. Pengeluaran geran tanah tersebut perlu mendapat surat persetujuan (consent) daripada Pemegang Amanah Kampung.

“Pihak LPPB perlu geran tanah untuk tujuan  menarik pelabur dan syarikat pembinaan. Walaubagaimanapun kita telah dimaklumkan bahawa pecah tanah Cadangan Pekan Kecil Paginatan dijangka pada bulan Mei atau Jun 2025.

“Suka saya nyatakan disini bahawa sebagai Wakil Rakyat kamu, saya tidak akan lari daripada tanggung jawab untuk merealisasikan pengujudan Pekan Kecil Paginatan.

“Walaupun belum ada peruntukan bajet bagi Pembangunan Pekan Kecil Paginatan tetapi ‘token vote sepuluh ringgit’ telah diujudkan untuk tujuan permulaan dana bagi cadangan pembangunan tersebut,” katanya.

Berkenaan isu tanah simpang Kg. Wallou dan Ponulangon, katanya, beliau sudah bertemu dengan Ketua Menteri baru-baru ini bagi maksud penyelasaian Kg. Wallou dan Ponulangon yang termasuk dalam kawasan Hutan Simpan Jabatan Hutan.

Tambah beliau, arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Hutan pada 20hb Februari 2025 supaya satu penyelasaian dapat dibuat seberapa cepat yang mungkin.

Mengenai permohonan atap rumah kepada mereka yang terjejas dengan pembinaan Jalanraya Pan Borneo, Abidin berkata, syarikat konsesi seharusnya menggunakan Program CSR mereka sendiri untuk membantu mereka dengan sumbangan keperluan binaan rumah seperti zinc bagi mengurangkan beban membina rumah yang baru kepada mereka yang terjejas.

Dalam pada itu, KAN Sawalin Zakaria turut menegaskan keperluan untuk bersatu walaupun berbagai agama dan kepercayaan.

“Abaikan bunyi-bunyi negatif diluar. Berpegang taguhlah dalam kesatuan Pemegang Adat untuk terus menyokong kepemimpinan YB Datuk Abidin Madingkir.

“Lebih baik pelihara pokok yang sudah berbuah daripada pokok yang baru kita tanam, belum tentu ia berbuah,” katanya.

Sawalin menyeru semua Pemegang Adat dapat bekerjasama dengan Pengerusi JKKK untuk memberi khidmat kepada rakyat di kampung masing-masing.

Sementara itu, Ketua Daerah OKK Muhasip Hj Rauman mengucapkan tahniah kepada AJK Penganjur dan memberitahu bahawa Perayaan Krismas yang disambut setiap tahun sudah menjadi satu perayaan yang diraikan oleh seluruh rakyat Sabah.

“Ini lah keunikan kita di Sabah. Semoga Perayaan disambut dengan penuh kesyukuran, harmoni dan kasih sayang.

“Inilah detik yang akan membawa harapan.Tinggalkan kesedihan dan maju ke hadapan dengan penuh kasih sayang, kebahagian dan kejayaan.

“Pengajuran Hari Krismas dan Tahun Baru ini juga memberi peluang Pemegang Adat untuk bersama pemimpin terutama Wakil Rakyat kita YB Datuk Abidin Madingkir,” katanya.

Muhasip berkata semua kita adalah pemimpin dalam lingkungan kita masing-masing di mana Pemegang Adat juga mesti tahu peranan masing-masing.

“Perlu bijak menyelesaikan pemaslahan rakyat dan tidak terlalu bergantung kepada Wakil Rakyat.

“Kita amat bersyukur kerana mendapat wakil rakyat yang amat prihatin dengan keperluan Pemegang Adat.  YB kita sudah teruji dan telah mecapai kriteria pemimpin yang kita idam-idamkan,” katanya.

Beliau menyeru semua Pemegang-Pemegang Adat untuk teruskan sokongan padu kepada YB Datuk Abidin Madingkir demi kemenangan beliau dalam PRN17 nanti.

Berkenaan sambutan perayaan tersebut, Datuk Abidin mengucapkan tahniah kepada AJK Penganjur kerana berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baru tersebut.

Dalam majlis itu YB Datuk Abidin Madingkir telah meluluskan peruntukan untuk membaiki Dewan Makan Terbuka Gereja Saint Edwin Maringkan.

Turut Hadir Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, KAN Dualis Porodtong, KAN Kapilin Hj Surop dan Para pemimpin kampung sekitar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN