30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ketua Wiramuda STAR Menyokong Gesaan Presiden untuk Pembahagian Kerusi Adil di Sabah

Jordan

KOTA KINABALU: Ketua Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jordan Jude Ellron menyokong penuh kenyataan Presiden bahawa parti dari Semenanjung Malaysia tidak perlu merebut kerusi-kerusi parlimen di Sabah.

Mengulas kenyataan Presiden STAR pada 22 Jun 2024 semasa perhimpunan agung tahunan STAR SABAH di Sabah International Convention Centre (SICC) bahawa Malaya sudah mempunyai 75 peratus kerusi keseluruhan daripada 222 kerusi di seluruh Malaysia.

Katanya, ini menyukarkan Sabah dan Sarawak untuk mempertahankan hak-hak melalui perlembagaan dan satu kerugian besar bagi Sabah dan Sarawak.

Presiden STAR juga menyatakan bahawa kerjasama ini penting untuk menghormati kedualtan masing-masing.

Jordan yang merupakan Ketua Wiramuda baharu Parti STAR bagi sesi 2024/2027 telah menegaskan bahawa tiada lagi kompromi untuk pembahagian kerusi-kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN dan juga Parlimen kepada parti-parti dari Malaya.

Beliau juga menyatakan bahawa akan sentiasa bersedia dan akan bekerja keras bersama-sama dengan kepimpinan EXCO Wiramuda baharu untuk memperbanykan kerusi-kerusi DUN untuk Parti STAR menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.

Tambah beliau, Parti STAR Sabah harus menambah jumlah kerusi Parlimen untuk memastikan bahwa Parti ini akan terus berkembang dan dapat menjaga hak-hak serta kepentingan Sabah didalam Perjanjian Malaysia 1963.

Katanya, kerjasama antara ahli baharu dan lama amat penting untuk mengukuhkan Parti STAR Sabah.

Beliau juga menyatakan bahawa jangan ada perpecahan dalaman STAR dan menyeru agar semua bersatu hati demi kepentingan parti dan rakyat Sabah, semasa ucapan penanguhan pemilihan Wiramuda sesi 2024/2027 baru-baru ini di Sokid Villa, Kota Kinabalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN