24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ketua Polis Tenom terima kunjungan hormat PPKS

DSP Ediansah menunjukkan info berkaitan ‘scammer’ kepada Saimon (kedua dari kanan).

TENOM: Ketua Polis Daerah Tenom yang baharu Deputi Supritendan Polis (DSP) Tuan Ediansah Edal menerima kunjungan hormat Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS) daerah ini pada Khamis.

Kunjungan tersebut yang diketuai oleh Pengerusi PPKS Daerah Tenom Saimon Matigal itu menjalin hubungan persahabatan dan mendapatkan infomasi-informasi terkini tentang keselamatan.

Menurut Saimon kunjungan itu bukan sahaja berjaya merapatkan hubungan dan menjalin persahabatan antara Warga PPKS dan PDRM, tetapi juga memberikan banyak manfaat kepada ahli-ahli persatuan melalui taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah.

“Ketua Polis Daerah telah memberi taklimat ringkas kepada kami mengenai cara menghindari bahaya ‘scammer’ dalam penggunaan Facebook dan aplikasi telefon pintar” kataya selepas kunjungan hormat itu.

Jelasnya taklimat Ketua Polis Daerah itu sangat membantu dalam meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan ahli-ahli persatuan.

Sementara itu DSP Ediansah yang mengalu-alukan kunjungan hormat PPKS itu menyifatkan kunjungan itu sebagai satu langkah penting ke arah memperkukuhkan kerjasama dan menjaga keselamatan komuniti khususnya di daerah ini.

Katanya, PDRM memerlukan kerjasama daripada mana-mana persatuan termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat dalam usaha menangani isu-isu keselamatan dan jenayah.

Turut sama mengalu-alukan rombongan PPKS itu, Ketua Cawangan Khas IPD Tenom ASP Mohd Sufian Bin A. Kadir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN