30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KETUA MENTERI DILANTIK CANSELOR UCSF

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Nor menerima watikah pelantikan Canselor UCSF daripada Pengerusi Lembaga Pengelola dan Lembaga Pengarah Kolej Universiti, Datuk Mohd Yaakub Johari dan disaksikan oleh Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dilantik sebagai Canselor University College Sabah Foundation (UCSF), baru-baru ini.

Beliau menerima watikah pelantikan daripada Pengerusi Badan Pengelola dan Lembaga Pengarah universiti itu, Datuk Mohd Yaakub Johari dan disaksikan oleh Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar pula dilantik sebagai Pro-Canselor UCSF.

UCSF adalah kolej universiti kategori IPTS dan milik penuh Yayasan Sabah yang didaftarkan dengan Kementrian Pengajian Tinggi pada tahun 2014.

UCSF menawarkan program pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda untuk rakyat negeri ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN