MUHASIF …Ketua Daerah MAN Ranau
RANAU: Seluruh kepimpinan Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JPKK kawasan Parlimen P.179 Ranau, merakam syabas dan tahniah atas kejayaan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.
Ketua Daerah (KD) Ranau, OKK Muhasip Bin Haji Roman (gambar) berkata, kejayaan itu membuktikan satu kepercayaan serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat akar umbi yang mahukan Datuk Jonathan meneruskan kepimpinannya untuk membela nasib rakyat Parlimen Ranau.
“Memang sudah kita jangka dari awal kemenangan Datuk Jonathan memang mantap berdasarkan perkhidmatan beliau terhadap rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya, usia dan idologi politik semuanya dia bantu”, jelah OKK Muhasip ketika ditemui.
Beliau mewakili warga Ranau mengharapkan agar Jonathan mendapat sesuatu jawatan diperingkat Persekutuan bagi membolehkannya meneruskan perjuangan bukan sahaja untuk membela nasib rakyat Parlimen Ranau tetapi juga Sabah dan negara seluruhnya.
“Datuk Jonathan yang amat prihatin terhadap kemajuan kawasan Ranau khususnya dalam pembangunan Infra seperti Jalan Raya Sempurna, Bekalan Air Bersih, Lampu Letrik dan liputan Internet yang luas terutama di kawasan pedalaman Ranau yang masih jauh ketinggalan beranding negeri-negeri lain di Malaysia”, tegas Muhasip sambil memuji Datuk Jonathan yang telah membiayai semua kos perubatan warga Ranau di semua Hospital Kerajaan sejak awal tahun 2021.
“Dengan sebab itu rakyat Ranau amat menghargai sumbangan seumpama itu bagi meringankan beban rakyat khusunya kepada golongan tidak berkemampuan,” tambahnya.
Pada PRU15 lalu, Datuk Jonathan (GRS) meraih berjumlah 22,606 undi dengan majoriti 11,092 undi menewaskan empat calon lain iaitu, Calon Harapan, Thaufek Dahlan (11,514 undi), Ewon Ebin (PBRS) 4,254 undi, Markos Siton (Warisan) 2,657 undi dan calon Pejuang Azizul Julirin (1,267 undi).
- OKK Muhasip.