ADVERTISEMENTspot_img

KETUA-KETUA ADAT MAIN PERANAN PENTING DALAM MASYARAKAT – DR JEFFREY

WATIKAH….Robert (empat dari kiri)memyampaikan watikah pelantikan kepada salah seorang Ketua Adat pada majlis itu.

TAMBUNAN – Ketua-Ketua adat seperti Ketua Daerah (KD), Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri(WKAN) dan Ketua Kampung(KK )memainkan peranan yang penting dalam masyarakat untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan meningkatkan tali silaturahim diantara keluarga dan hubungan antara penduduk.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, Mahkamah Anak Negeri adalah institusi yang penting bagi mengurus dan menyelasaikan aduan-aduan dan pertikaian dalam masyarakat Anak Negeri. 

Katanya, pemegang-pemegang jawatan yang berkaitan dengan adat perlu memahami adat resam dan undang-undang adat suku kaum yang diwakili serta mengetahui prosedur untuk merekodkan “statement” aduan-aduan serta memanggil saksi dalam pengadilan.

ROBERT ( tengah) merakam gambar bersama Ketua-Ketua Adat dan tetamu yang lain selepas majlis itu

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, pepatah Melayu “Biar mati anak jangan mati adat”  adalah satu pepatah yang mencerminkan betapa pentingnya pegangan adat kaum di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau itu berkata dalam ucapan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Adat dan Anggota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPKK)DUN Tambunan di Pisompuruan Square di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik.

Jeffrey dalam ucapannya turut mengingatkan Ketua-Ketua Adat agar menjaga tingkahlaku masing-masing bagi menjaga imej Mahkamah Anak Negeri.

Menyentuh cadangan untuk menaiktaraf Mahkamah Anak Negeri setara dengan Mahkamah Sivil Jeffrey berkata, Kerajaan sedang menimbangkan cadangan itu.

Kerajaan juga katanya, akan berusaha meningkatkan kemudahan-kemudahan Mahkamah Anak Negeri dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan semasa.

Pada masa sama Jeffrey berkata, JPKK  merupakan institusi penting di peringkat akar umbi yang merupakan jentera kerajaan dalam menggerakkan dan merancakkan pembangunan luar bandar.

Katanya, peranan JPKK tidak kurang pentingnya sebagai mata dan telinga kerajaan.

Selain itu katanya, asas perpaduan amat diutamakan di mana peranan JPKK itu sendiri membantu atau memberi khidmat kepada komuniti setempat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

“Pembangunan kampung merupakan agenda pembangunan yang penting, justeru Biro-Biro yang ada dalam JPKK terutama Biro keceriaan, Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Biro Belia dan NGO dan sebagainya perlu diaktifkan.

Seramai 100 Ketua Adat terdiri dari seorang KD, tujuh KAN, 11 WKAN, seorang Ketua Masyarakat Cina dan 80 KK telah menerima watikah pelantikan pada majlis itu. Turut menerima watikah pelantikan adalah 88 Pengerusi JPKK.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN