Hj. Ruslan (tiga, kanan) menyampaikan watikah pelantikan kepada ketua adat bagi kawasan DUN Lumadan, yang diperhatikan oleh Hj. Yamani Hafez Tan Sri Musa dan Matbali Musah.
Beaufort, 18 Mac 2021: Ahli Dewan Undangan Negeri (Lumadan), Haji Ruslan Muharam menyempurnakan Majlis penyerahan watikah pelantikan ketua-ketua adat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N34 Lumadan.
“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Kampung (KK) dan ketua Masyarakat Cina (KMC) yang mana selepas ini akan menjalankan tugas secara rasmi”, kata Hj. Ruslan.
Saya percaya, semua penerima watikah pelantikan dipilih untuk menerima dan menggalas tanggungjawab yang diberikan, dapat menjalankan amanah dan bersikap adil serta tidak mementingkan sesetengah pihak.
“Namun, ingin saya ingatkan di sini, supaya jangan ada unsur-unsur sabotaj. Kita boleh berbeza dari segi fahaman politik, namun untuk berkhidmat kepada rakyat kita tidak wajar menggunakan perbezaan kelompok, kaum, atau agama sebagai penghalang”, tegas Hj. Ruslan.Haji Ruslan Muharam
Dalam ucapannya lagi, Hj. Ruslan menegaskan bahawa anggota yang dilantik bukan sahaja perlu menjadi lebih peka, tetapi juga perlu mengambil tahu perihal penduduk dan kampung terutama sekali di kawasan masing-masing.
Selain itu, tanggungjawab anggota ketua kampung juga adalah sebagai wadah penyampai hasrat dan aspirasi kerajaan dalam kalangan penduduk kampung.
“Ketua-ketua adat memainkan peranan menerangkan program kerajaan yang dilaksanakan di negeri ini, yang terkini ialah program vaksinasi”, jelas Hj. Ruslan.
“Ketua-Ketua adat dikehendaki menerangkan kepada penduduk kampung perlunya bagi mereka menerima vaksinasi Ini.
Hj. Ruslan juga memberitahu pihaknya telah dimaklumkan bahawa masih terdapat kampung yang belum ada pemimpin.
“Justeru, saya menyeru agar semua pihak untuk bertenang dan bersabar.
Turut hadir ialah dalam majlis ini ialah Ahli parlimen P.178 Sipitang, Hj. Yamani Hafez Tan Sri Musa dan Pengarah UPPM negeri Sabah,
Datuk Matbali Musah.