27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ketua kampung penyampai dasar kerajaan kepada rakyat

Robert (duduk tengah)bergambar bersama Ketua-Ketua Adat selepas perjumpaan itu.

KENINGAU:Ketua-Ketua Kampung yang sinonim dengan gelaran Ketua Adat perlu sentiasa peka kepada dasar-dasar kerajaan dan menyampaikan serta menyebarkan kepada rakyat dibawah jagaan masing-masing dengan telus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk  Robert Tawik @ Nordin berkata, Ketua Kampung yang telah diberikan kepercayaan oleh kerajaan, adalah pasukan atau jentera barisan hadapan kerajaan di peringkat kampung.

Katanya, tanggungjawab  yang dipikul oleh Ketua-Ketua Kampung adalah amanah yang sangat besar  untuk rakyat.

Robert yang juga Pembantu Menter Kerja Raya berkata demikian semasa mengadakan Majlis Perjumpaan dengan Ketua-Ketua Adat bagi Kawasan DUN Bingkor di Bilik Mesyuarat Pexaholic Cafe di Bandar Baharu  Keningau pada Jumaat lepas.

Seramai sembilan Ketua Adat dikalangan  Ketua Ketua Kampung dari Mukim Tuarid Taud/Bandar telah menghadiri perjumpaan tersebut.

Perjumpaan ini diadakan bagi mengetahui dan membincangkan isu-isu semasa serta memberi penerangan berkenaan peranan Ketua-Ketua Adat.

Dalam perjumpaan itu Robert Tawik @ Nordin menyarankan agar  Ketua-Ketua Kampung menjaga hak-hak  orang-orang kampung terutama perkara yang berkaitan.dengan  tanah kampung.

Pada masa sama Robert menyeru Ketua-Ketua Kampung memberi perhatian dan mengambil tindakan segara dekiranya ada permasalahan yang dilaporkan oleh penduduk kampung dan hendaklah diselesaikan dengan segara dengan  adil dan saksama.

Perjumpaan yang diadakan mengikut Mukim selepas ini  yang akan disusuli  Mukim Apin-Apin, Mukim Merampong/Bunga Raya dan Mukim Bingkor.

Hadir sama pada majlis itu Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Tinus Majip, Pemaju Mukim Tuarid/Bandar, Rahman Bidin, Ketua Daerah Daniel Palangi, Ketua Anak Negeri Libah Jali, WKAN Christina Kadau dan Ritah Najir dan Ketua Masyarakat Cina Yong Wing On.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN