30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ketua Kampung, Pengerusi JPKK diingatkan jalankan tugas sebaik mungkin: Abidin Madingkir

Datuk Abidin (kiri) menerima cenderahati disampaikam Kapilin Surup(Pengerusi pelaksana).

RANAU: Semua  Pemegang Adat(Ketua Kampung) dan Pengerusi JPKK disaran agar menjalankan tugas dan peranan masing-masing sebaik mungkin demi keharmonian serta perpaduan masyarakat setempat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir berkata, kesahihan apa juga bentuk Adat yang diguna-pakai diperingkat kampung adalah memainkan peranan serta tugas pihak Ketua Kampung (KK) yang telah dilantik pihak Makhmah Anak Negeri (MAN) bagi menyelaras dan menguat-kuasakan sesuatu adat setempat.

Beliau juga mahukan institusi MAN perlu diperkasakan agar  semua Pemegang Adat tahu penugasan mereka.

Datuk Abidin menegaskan peranan para Pemegang Adat dengan kerjasama Ketua Kampung juga penting bagi membukukan apa juga bentuk adat di peringkat kampung masing-masing sebagai bahan simpanan dan rujukan generasi akan datang.

“Semua adat dan apa juga peraturan di sesebuah kampung hendaklah di bukukan sebagai rujukan serta diguna pakai dalam kes-kes tertentu”, jelas Datuk Abidin ketika berucap merasmikan majlis program Jelajah Pemerkasaan Adat, Pentadbiran dan Kesyukuran Kepimpinam Kampung bagi Mukim Lohan, Bongkud, Nalapak dan Mukim Tanah Rata di Dewan Terbuka Datuk Abidin di Lohan Ulu baru-baru ini.

Para peserta program bersama KD, KAN, WKAN dan Pemaju Mukim Paginatan merakam gambar bersama Datuk Abidin (depan tengah).

Abidin juga mahukan  semua Pemegang Adat dan Pengerusi JPKK agar komited, amanah dan jujur dalam melaksanakan  tugas dan tanggunjawab yang diamanahkan.

“Tahniah kepada Pemegang Adat   DUN  N.38 Paginatan atas  Pembukuan  Adat Etnik Dusun.

“Dengan siapnya pembukuan  itu nanti akan dijadikan rujukan generasi akan datang”, tambah Datuk Abidin.

Sempena program itu yang dihadiri 120 orang peserta,  sebanyak tiga kertas kerja telah dbentangkan termasuklah ‘Pentadbiran  dan Etika Bertugas MAN Ranau’ disampaikan Ketua Anak Negeri (KAN) Fasizal Markus Kudus, disusuli ‘Peranan dan Tanggungjawab Wakil Ketua Anak Negeri(WKAN) Dan Ketua Kampung’  oleh Dualis Porodtong dan ‘Prosuder Dan Persefahaman Kerjasama Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK’ oleh Pemaju Mukim N.38 Paginatan, Sainin @Onit Bin  Hamid.

Sementara hadir sama sempena majis itu ialah PPM Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Harun (turut berucap),Ketua Daerah Ranau, Muhasip Haji Ruman (turut berucap), KAN Jaimin Jeffry dan semua WKAN Mukim Lohan-Bongkud, Tanah Merah dan Nalapak.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN