30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ketiadaan bekalan air di PPV Ranau, RELA ambil peranan

Sebahagian anggota Rela membersihkan tandas  wanita dewan masyarakat Ranau.

RANAU: Berikutan ketiadaan bekalan Air Paip daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ranau sejak bebarapa hari di daerah  ini ekoran kerosakan water intake sungai  Kimolohong, mendorong  anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)  Ranau yang   bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)  Dewan  Masyarakat Ranau bergotong-royong membersih tandas perempuan di dewan berkenaan menggunakan air tangki berhampiran.

Penyelia kumpulan petugas mengawal keselamatan termasuk pematuhan SOP orang ramai yang datang ke PPV tersebut, Drunie Lophew memberitahu mereka secara sukarela membersihkan tandas itu kerana mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan di ruang dewan.

Ketiadaan bekalan air paip di dewan itu  sejak (22 Sept)  hingga hari ini (25 September) agak menyulitkan orang ramai.

“Kami rasa terpanggil untuk membersihkan tandas wanita demi keselesaan orang ramai termasuk kami sendiri”, jelas Durnie yang turut serta membersihkan tandas berkenaan.

Ketiadaan bekalan air paip melibatkan  lebih 6,000 pengguna di daerah Ranau terhenti berikutan kerosakan tadahan air sungai Lewagu dekat Kimolohing selepas banjir sunga itu beberapa hari yang lalu.

Kerja-kerja pembersihan loji masih di teruskan  oleh pihak JANS dan dijangka siap tidak lama lagi.
                   

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN