25.5 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ketagih seks: 8 simpton perlu tahu, cegah sebelum parah

Gambar sekadar hiasan

NAFSU merupakan perkara paling sukar dikawal oleh manusia tidak kira sama ada lelaki atau wanita, remaja atau dewasa, tua atau muda.

Dalam dunia teknologi moden ini, ramai ibu bapa yang memberikan anak-anak pendedahan kepada gadjet terutama penggunaan telefon bimbit.

Menjadi kebimbangan, banyak perkara yang boleh dicapai dengan mudah hanya di hujung jari dalam dunia teknologi khususnya menggunakan telefon bimbit hari ini.

Sememangnya nafsu seks adalah naluri kebiasaan manusia normal, bagaimanapun jika nafsu berkenaan sudah memasuki peringkat menjadi ketagih dan tidak boleh dikawal adalah merupakan satu penyakit yang perlu diberi perhatian supaya ia tidak menjadi lebih barah atau serius.

Ketagihan seks atau turut dikenali dengan istilah lain seperti nymphomania, hypersexuality, erotomania dan obsesi seksual, masih tidak dibincangkan secara terbuka dan dianggap bukan masalah serius.

Sekiranya belum berkahwin, seseorang individu yang mengalami ketagihan seks seringkali dilabel atau dipandang sebagai ‘playboy’ atau ‘playgirl’, sedangkan sekiranya ia tidak diberi perhatian atau rawatan akan merosakkan kehidupan peribadi pesakit, malah juga persekitaran sosial, keluarga dan persahabatan.

Manakala bagi yang sudah berkahwin pula, pastinya boleh memusnahkan sesebuah rumah tangga.

Ketagihan seks ialah sebarang tingkah laku seksual yang berada di luar kawalan dan diulang perlakuannya.

Menurut Healthline.com, satu lagi ciri penting ialah mereka yang mengalami ketagihan ini cenderung untuk mempunyai emosi yang bertukar-tukar dan tidak stabil.

Simptom ketagihan seks:

1. Melakukan seks biasa yang kerap termasuk melakukan banyak hubungan luar atau melakukan hubungan seks yang tidak selamat
2. Mahu lebih banyak melakukan seks untuk mendapat kepuasan
3. Timbul perasaan malu dan bersalah selepas itu serta membenci diri sendiri atas perlakuan seksual yang dilakukan
4. Kecenderungan dan pilihan seksual menjadikan kehidupan tidak terkawal dan tidak terurus
5. Berjanji untuk berubah tetapi gagal
6. Perasaan tidak dapat berhenti walaupun mahu
7. Bertukar pasangan seksual atau terlibat dalam beberapa hubungan seksual tanpa ikatan
8. Cenderung kepada seks siber

Kesan buruk:

  • Berisiko terkena penyakit kelamin
  • Kemurungan
  • Kehamilan yang tidak diingini
  • Hilang fokus
  • Terlibat dalam masalah perilaku seksual yang lain
  • Penggunaan berlebihan pornografi
  • Masturbasi yang tidak terkawal

Rawatan:

  • Individu yang menderita ketagihan seks mungkin berasa malu dan segan untuk mengakui kepada diri sendiri mahupun kepada individu lain. Namun, mereka sentiasa boleh mendapatkan bantuan profesional atau doktor untuk membantu mengatasi masalah ini.
  • Kaedah kaunseling serta terapi mungkin dapat membantu. Pakar dapat mendiagnosis tahap ketagihan dan mengemukakan langkah yang sewajar untuk mengawalnya.
  • Didikan agama kerana mereka yang patuh kepada ajaran sebenar tidak akan sesekali bertindak di luar batasan agama.

Sumber rujukan : Awani

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN