Robert bersama rombongan semasa meninjau Jalan Tali Air Kg. Kota Ayanagan dan masalah saliran air dan jalan kebun Kampung Binaong
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Kesibukan tugas rasmi sebagai Pembantu Menteri kerja Raya Negeri Sabah tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Robert Tawik @ Nordin untuk melakukan lawatan kerja meninjau masalah rakyat di kawasannya.
Kelmarin beliau mengambil kesempatan berkunjung melawat ke kg Binaong yang mana menghadapi masalah saliran air dan meninjau jalan kebun yang dipohon oleh penduduk kampung tersebut.
Pembantu Menteri itu juga melakukan tinjauan limpahan air dari anak sungai di kampung tersebut yang telah menjejaskan beberapa buah rumah yang berhampiran dengan kampung tersebut.
Menurut Robert, beliau akan berusaha untuk mengatasi masalah yang di hadapi oleh penduduk terbabit.
“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya akan membawa masalah ini jabatan.dan agensi yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya” katanya.
Turut sama dalam lawatan tersebut Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS ) Ir. Dachord Moujing, Ketua Kampung Binaong dan Pengerusi JPKK kg Binaong.
Pada hari yang sama Robert bersama rombongan melakukan lawatan ke Kampung Kota Ayangan meninjau permohonan pembaikan jalan bersebelahan dengan tali air di kampung tersebut.