28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kes Zara Qairina: Lima remaja mengaku tidak bersalah

Van yang dikatakan membawa lima suspek dilihat memasuki perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu, pagi tadi

KOTA KINABALU: Suasana di Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini menjadi tumpuan apabila lima remaja perempuan dihadapkan ke muka pengadilan atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap seorang individu, Zara Qairina Mahathir, bulan lalu.

Kesemua tertuduh yang tampil di hadapan Hakim Elsie Primus bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, memaklumkan mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan deposit RM1,000 bersama seorang penjamin tempatan.

Hakim turut menetapkan 25 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes, yang kini mendapat perhatian ramai.

Sementara itu, Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail, menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kes kematian remaja itu supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, setakat ini masih terdapat beberapa pihak yang menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya berhubung kes berkenaan, namun belum tampil secara rasmi.

“Kami berharap mereka yang mempunyai maklumat dapat segera ke hadapan bagi memastikan siasatan berjalan lancar dan keadilan dapat ditegakkan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN