Nasib diketahui hari ini
SELEPAS lebih dua tahun, nasib bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal terjawab hari ini (Selasa).
Ikuti perjalanan keputusan kes SRC International Datuk Seri Najib Razak, sama ada beliau bebas, didenda atau dipenjara?
Menerusi perkongsian di Facebook rasminya pada Isnin, Najib turut menyatakan, apa juga keputusan esok, beliau sudah bersedia untuk menempuh proses seterusnya di Mahkamah Rayuan.
Najib yang diwakili Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.