24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pada membelasah, lelaki dikenali “Lunchai” ditangkap polis.

SUSPEK...ditangkap di kediamannya oleh sepasukan anggota polis.

KOTA KINABALU: Polis berjaya menangkap seorang lelaki tempatan yang tular di media sosial kerana membelasah seorang lelaki di Api-Api Centre, baru-baru ini.

Suspek berumur 35 tahun dikenali sebagai “Lunchai” telah ditangkap pada Ahad di kediamannya di Taman Sempelang lebih kurang pukul 11.30 malam oleh sepasukan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Hj.Majinji berkata, suspek telah ditahan reman selama 7 hari bermula kemarin.

Katanya, motosikal yang digunakan suspek dalam kejadian berkenaan turut dirampas.

“Siasatan lanjut mendapati suspek turut mempunyai 16 rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu sidang media dipejabatnya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan pada orang lain.https://borneodailybulletin.com/

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN