24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 24, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kes Orang hilang di Sundar Lawas ditemui terapung di pantai Tanjung Batu Labuan

Supt. Mohd Hamizi Halim

LABUAN: Seorang lelaki tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluraganya di Lawas ditemukan mayatnya terapung di pantai Tanjung Batu, dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan, Mohd Hamizi Halim berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui kira kira jam 12.14 tengah hari pada Sabtu oleh seorang wanita yang sedangmencari landak laut.

Penemuan mayat itu didapati mempunyai kaitan dengan kes orang hilang di Sundar Lawas, Sarawak yang dilapor hilang pada Khamis,14 ogos lalu.

Sehubungan penemuan itu, Polis Daerah Labuan mengesan ahli keluarga mangsa.

Mangsa disahkan oleh anak kandungnya di Jabatan Forensik Hospital labuan pada Sabtu semasa proses bedah siasat.

“Kes itu selesai cuma kita menunggu hasil daripada bedah siasat untuk mengetahui sama ada adanya perlakuan jenayah ataupun sebaliknya. Namun sehingga kini kita mengklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Kempen Jalur Gemilang peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan disini, pada Isnin.

Terdahulu sebelum itu, pada 14 Ogos lalu seorang nelayan Assan Osman, 65 tahun, dilaporkan hilang ketika keluar mencari hasil laut. Usaha mencari oleh ahli keluarga dan penduduk kampung hanya menemui perahu mangsa terapung di perairan Sundar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN