32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KES IMPORT PERTAMA VARIAN OMICRON DI SABAH DIKESAN DI TAWAU

KOTA KINABALU: Satu kes import varian Omicron telah dilaporkan di Tawau, pada Selasa (4 Januari 2022).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, ini merupakan kes pertama yang dikesan di Sabah.

Katanya, pesakit merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang telah menunaikan umrah di Arab Saudi bersama isteri pada 9 Disember hingga 18 Disember 2021. Mereka kembali ke Malaysia pada 19 Disember 2021 melalui KLIA.

“Pesakit bersama isteri tiba di Tawau pada 20 Disember 2021. Setibanya di Tawau, pesakit dan isteri diarah menjalani kuarantin di rumah mereka.

“Keputusan ujian “whole genome sequencing” pada 4 Januari 2022   menunjukkan penama positif varian Omicron,” katannya dalam satu kenyataan hari ini.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri Sabah berkata, isteri pesakit yang sedang menjalani kuarantin bersama suami turut dikesan positif Covid-19 melalui ujian PCR pada 24 Disember 2021.

“Keputusan “whole genome sequencing” untuk isterinya masih dalam ujian di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

“Kedua-dua pesakit telah lengkap di vaksin seawal bulan Jun 2021. Keadaan mereka pada masa ini adalah sihat,” jelasnya

Tambah Masidi, semasa disahkan positif Covid-19, suami adalah pada Kategori 2 manakala isterinya adalah pada Kategori 1.

Kedua-dua pesakit telah selesai menjalani kuarantin pada 1 Januari 2022 dan telah pulih daripada sakit jangkitan virus Covid.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN