26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerjasama pihak sekolah, PIBG tunjang kepada kecemerlangan murid.

Robert (duduk tengah) bersama Guru Besar SK Bundu Ishak Hashim (tiga dari kanan) dan guru-guru bergambar dengan murid-murid yang cemerlang.

KENINGAU: Kerjasama yang baik di anatara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan tunjang kepada kecemerlangan murid-murid di sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, kerjasama yang kukuh antara kedua-dua pihak ini dapat meningkatkan pencapaian murid baik dalam bidang kurikulum, kokurikulum serta pembentukan sahsiah murid.

Sehubungan dengan ini Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap agar pihak sekolah dan PIBG akan terus mengekalkan kerjasama yang baik untuk membentuk generasi masa depan yang cemerlang dan beretika.

“Sekolah memerlukan dokongan kuat daripada pihak PIBG, ibu bapa pelajar agar apa juga program dapat dijayakan bersama” katanya semasa berucap merasmikan Program Majlis Apresiasi Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bundu Sesi Akademik 2023-2024.

Ini katanya, merupakan salah satu peranan PIBG sekolah bukan hanya memastikan kawasan sekolah selamat, bersih malah masa kini PIBG perlu terlibat dalam perancangan pembangunan fizikal dan akademik serta non-akademik agar kemanjadian murid terus seimbang dalam semua aspek demi masa depan anak-anak yang cemerlang.

Pada masa sama Robert menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa memastikan anak-anak mendapat pendidikan sewajarnya dengan turut serta mengambil tahu tahap pencapaian anak di sekolah dan sedia untuk berbincang bersama guru-guru untuk mencari pendekatan sesuai agar tidak ada lagi anak-anak yang tercicir dari arus pendidikan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN