27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KERJASAMA KERAJAAN DAN RAKYAT DAPAT ATASI MASALAH HARGA BARANG NAIK: DAVID

David meninjau sendiri bekalan ayam mentah, gula dan telur di pasaraya sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Oleh: Luza Din

KITA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat meminta agar pihak kerajaan dan rakyat berganding bahu dan bekerjasama dalam meneliti dan mengawal selia masalah kenaikan harga barang keperluan, melalui KPDNHEP bagi mengimbangi risiko inflasi.

Presidennya, David Chan berkata keperluan mengawal selia daripada kerajaan dan pihak autoriti bertujuan mengimbangi kenaikan harga barangan bagi mengelak inflasi hiper atau inflasi tinggi.

Beliau berkata pengawalseliaan diperlukan supaya kenaikan harga barangan tidak begitu mendadak dan tinggi sehingga negara tidak mampu mengimbangi kadar inflasi berkenaan.

Jelas beliau apa yang boleh pihak autoriti lakukan, sebagai contoh, mengawal selia subsidi minyak kerana kita tahu minyak dan kos bahan mentah seperti bahan api adalah kos sangat penting yang diserapkan dalam kos keseluruhan sesuatu produk.

“Kita perlu lihat bagaimana usaha kita lakukan ini berjaya mengurangkan risiko inflasi supaya tidak semakin membimbangkan dan sehingga tidak dapat diselamatkan lagi

“Kerajaan juga perlu ada kaedah melindungi golongan berpendapatan rendah, misalnya mewujudkan semula kedai rakyat yang menawarkan harga mampu milik bagi golongan terbabit bagi membolehkan mereka mempunyai pilihan untuk membeli dan hal sama juga bagi rakyat, perlu sentiasa peka dan beri kerjasama dengan laporkan kepada KPDNHEP jika terjumpa mana-mana penjual barang keperluan yang menaikan harga barangan keperluan secara melampau”,katanya.

Belaiu berkata demikian dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurut David, peningkatan harga barangan makanan mentah boleh mengakibatkan kesan berantai membabitkan kenaikan pada industri kedai makan dan restoran.

Katanya lagi peningkatan harga barangan bergantung kepada permintaan dan penawaran apatah lagi ditambah pula gaji minimum RM1,500 dan menyebabkan kuasa membeli bertambah, jadinya peniaga mengambil kesempatan meningkatkan harga.

Tegas David lagi, perang Rusia dan Ukraine menjejaskan sektor import dan menyebabkan penawaran kurang sedangkan permintaan tinggi lebih-lebih lagi kuasa membeli meningkat dengan gaji minimum bertambah, maka peniaga akan meningkatkan harga barang, jadi pengguna pun tiada pilihan, lantas terpaksa membeli demi kelangsungan hidup.

“Ini sekali gus melegakan rakyat terutama golongan terjejas dengan kenaikan harga barangan.

“Kerajaan dan pihak berkuasa perlu mengambil langkah proaktif memantau kenaikan ini supaya tidak disalah guna atau dimanipulasi mana-mana pihak,” katanya.

Beliau menggesa pengguna untuk manfaatkanlah sebaik mungkin peluang ini bagi membantu meningkatkan pendapatan diri serta keluarga.

Tambah beliau suatu yang tidak dapat dielakkan ialah berlaku kenaikan harga barang disebabkan pelbagai faktor termasuk perang Ukraine dan Rusia, bekalan terhad selain cuaca dunia yang tidak menentu dan sebagainya.

Dalam masa yang sama beliau meminta supaya para peniaga tidak mengambil kesempatan di atas kenaikan harga barang keperluan sehingga membebankan orang ramai.

“Peniaga, sekali sekala cubalah lihat keadaan pembeli, tidak semua pembeli mampu membayar harga tinggi kerana kita masing-masing berbeza liku hidup dan cabaran dalam menyara keluarga.

“Untuk mereka yang kurang bernasib baik, pastinya masalah kenaikan harga barang keperluan harian akan menjadi antara masalah besar kepada mereka, apatah lagi jika perlu menyara ahli keluarga yang agak ramai,” ujar David lagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN