28 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG amat diperlukan: Robert

Robert diiringi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Liau Puan Suanla Siarus disambut oleh guru-guru dan ibu bapa.

KENINGAU:Kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat diperlukan agar sekolah mampu menjadi lebih maju dan cemerlang. 

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan PIBG adalah sejajar dengan Anjakan Transformasi Sistem Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang amat menekankan kerjasama ibu bapa, komuniti dan masyarakat setempat.

“Dalam hal ini juga, sarana Ibu Bapa, suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu 

bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah, turut ditekankan agar dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah” katanya.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata demikian semasa berucap merasmikan Sambutan Karnival Pisompuruan Sekolah Kebangsaan (SK)Liau Apin-Apin kelmarin.

“Melalui penganjuran majlis seumpama ini, saya dapat melihat SK. Liau telah berjaya merealisasikan satu daripada agenda Kementerian Pendidikan. 

Tidak dapat dinafikan kerjasama erat antara pihak sekolah dengan PIBG membolehkan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan mampu direalisasikan. 

Contohnya kita dapat lihat sendiri dalam 

penganjuran majlis pada hari ini di mana saya telah difahamkan bahawa antara matlamat dan tujuan penganjuran karnival pada kali ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi tujuan 

pemulihan padang sekolah” jelasnya.

Robert berkata, kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa melalui PIBG di sekolah ini telah terbukti dengan inisiatif 

aktiviti yang telah diadakan adalah kutipan sumbangan melalui penjualan tiket bertuah yang berjaya menjual tiket bertuah sebanyak lebih daripada 2000 tiket.

“Ini membuktikan sokongan dan keprihatinan ibu bapa  dan masyarakat di sekitar sekolah ini untuk membantu sekolah menjadi lebih maju dan cemerlang” katanya.

Robert juga berharap penambahbaikan yang akan dilaksanakan kelak mampu menyuntik semangat dan menjadikan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Liau ini menjadi lebih bermotivasi untuk cemerlang bukan sahaja dari segi akedemik tetapi merangkumi semua bidang.

Pada masa beliau juga menghargai peranan Alumni sekolah yang turut menjayakan karnival sekolah pada kali ini.

“Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada anda semua kerana menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada sekolah bagi mengekalkan dan mengembangkan pembangunan sekolah” ujarnya.

Menurut Robert, bagi memberikan pelbagai manfaat dalam memperkayakan pengalaman murid di sekolah terlibat bukan sahaja sumbangan dari segi kewangan ataupun material, tetapi Alumni mampu memberikan sumbangan dalam pelbagai skala contohnya pengalaman, buah fikiran, tenaga dan sebagainya. 

Selain itu katanya, Alumni juga mampu menjadi sumber “role model” ataupun idola kepada murid-murid yang masih bersekolah di sekolah terlibat khususnya di SK. Liau ini. 

Sehubungan dengan ini Robert menyeru  kepada semua almuni yang hadir untuk mewujudkan “Persatuan Alumni SK. Liau Apin-Apin Keningau”.

Robert turut merakamkan pengahargaan kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat seperti Jabatan Penerangan Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)dan Bank Rakyat.

Katanya, sektor-sektor awam dan swasta juga sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong sistem pendidikan negara. 

Atas kesedaran itulah katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif Kerjasama Awam-Swasta (PPP) dalam pendidikan sebagai satu usaha untuk mengiktiraf dan menggalakkan sektor-sektor swasta terlibat sebagai rakan pendidikan 

di Malaysia. 

Hadir sama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin Puan Suanla Siarus, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin Puan Kamsi Ahmad, Guru Penolong-Penolong Kanan, guru-guru dan.Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi PIBG.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN