25.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerja naik taraf Jalan Lingan Baru, Papar dijangka siap Jun 2021

“Sepanjang tahun 2018 hingga 2019, pencapaian Program Program Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah meliputi pembinaan 117.7 kilometer jalan raya luar bandar melibatkan kos berjumlah RM612.8 juta,”

-Dato Seri Rina Harun-

PAPAR, 16 Jan — Kerja-kerja menaik taraf Jalan Lingan Baru, dekat sini dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2021, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.


Beliau berkata projek berkenaan yang mula dilaksanakan pada Mei tahun lepas dengan kos RM13.3 juta.


“Skop kerja naik taraf Jalan Lingan Baru, Papar ini meliputi naik taraf jalan sepanjang 2.5 kilometer dan dua buah jambatan. Keadaan jalan tanah merah sedia ada di sekitar kawasan tersebut memberi kesukaran kepada penduduk tempatan menjalankan aktiviti harian,” katanya dalam satu kenyataan selepas melawat jalan berkenaan di sini, hari ini.


Beliau berkata apabila siap kelak, jalan berkenaan akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk tempatan.

EWON(ketiga kanan) menerangkan sesuatu kepada Rina pada lawatan itu


“Sebagaimana agenda kementerian, adalah disasarkan projek ini akan dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat melalui kewujudan sistem perhubungan jalan raya yang lebih kondusif.

“Sepanjang tahun 2018 hingga 2019, pencapaian Program Program Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah meliputi pembinaan 117.7 kilometer jalan raya luar bandar melibatkan kos berjumlah RM612.8 juta,” katanya.

- IKLAN-


Rina berkata bagi tahun 2020, kementerian itu sedang memulakan pelaksanaan perancangan Program JALB untuk membina jalan raya luar bandar sepanjang 40 kilometer di Sabah dengan penyediaan peruntukan sebanyak RM291.9 juta.


“Usaha ini bertepatan dengan hasrat murni Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB2030) yang menjadi kerangka utama dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta mewujudkan Luar Bandar Sejahtera,” katanya

Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick-BERNAMA

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN