TAHNIAH..Walter menyampaukan hadiah raplika cek kepada Cosmopoint College selaku juara pertandingan.
KOTA KINABALU: Pihak kerajaan akan sentiasa mengawasi dan membuat penilaian berkenaan isu dan masalah berkaitan dengan pengguna kata Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib.Kerajaan sentiasa peka terhadap isu kepenggunaan: James
Menurut beliau, langkah-langkah yang relevan dan perlu akan diperkenalkan untuk mengimbangi sebarang kesan negatif akibat ketidakadilan atau penyelewengan bagi memastikan hak dan kebajikan pengguna terpelihara dan dapat ditangani.
āSaya berharap, semua dapat sama-sama memainkan peranan untuk menyokong semua inisiatif kerajaan bagi menambah baik, mengukuhkan dan menguatkuasakan hak dan perlindungan pengguna.
āPihak kementerian melalui semua cabang dan rangkaian akan sentiasa menyebarkan maklumat dan menyediakan bantuan bagi memastikan pengguna mahir dalam menghadapi isu dan cabaran.
āUsaha berterusan ini akan mewujudkan sebuah negara dengan pengguna yang menyedari hak mereka, mampu membuat keputusan yang tepat terutamanya apabila berkaitan dengan transaksi wang ringgit dan lebih bijak berbelanja,ā kata beliau.
James yang juga merupakan ADUN N48 Sugut berkata demikian semasa merasmikan Pertandingan A Capella Kepenggunaan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat Negeri Sabah dan W.P Labuan di sini pada hari Jumaat.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap KPMKR, Walter Kenson yang mewakilinya sebagai perasmi di majlis itu.
Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak KPDN Negeri Sabah atas kesudian menjemputnya sebagai perasmi pertandingan itu, seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
āTahniah kepada semua peserta pertandingan yang baru sahaja selesai pelaksanaannya ini.
āDifahamkan, pemenang tempat pertama pertandingan itu akan mewakili Zon Borneo ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada kemuncak sambutan Hari Pengguna Kebangsaan di Piazza Pavillion Bukit Jalil, W.P Kuala Lumpur yang akan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI,ā katanya.
Tambah James, pertandingan pada kali ini bertujuan untuk menyampaikan dan menerapkan mesej berkaitan ilmu dan isu kepenggunaan kepada pelajar IPT.
āIa bertepatan dengan tema hari pengguna kebangsaan pada tahun ini iaitu āpengguna berdaya, negara rahmah sejahteraā.
āPengguna berdaya bermaksud pengguna yang mempunyai pengetahuan dalam kepenggunaan, tahu hak-hak sebagai pengguna, menjalankan tanggungjawab membuat aduan terhadap sebarang kesalahan, berani untuk bertindak dan bijak menguruskan perbelanjaan dalam mendepani cabaran kos sara hidup dalam persekitaran globalisasi ekonomi yang semakin mencabar.
āNegara rahmah sejahtera pula bermaksud negara yang terhasil daripada penggemblengan usaha pengguna dan kerajaan, mewujudkan pasaran yang adil dan harmoni antara peniaga dan pengguna serta negara yang mengutamakan kebajikan sebagai sebahagian misi mewujudkan malaysia madani,ā kata beliau.
James berkata, melalui pertandingan ini, ilmu dan isu kepenggunaan dapat diterjemahkan melalui lirik, nyanyian dan gaya persembahan yang menarik minat pendengar dan memberikan satu kelainan kepada medium advokasi kepenggunaan yang tidak pernah digunakan sebelum ini.
Tema pertandingan tersebut mengambil tema hari pengguna kebangsaan tahun 2022 iaitu ādigitalisasi penggunaā yang mana masih relevan dan dekat dengan isu masyarakat kini.
Tambahnya lagi, digitalisasi pengguna ini menggambarkan perubahan norma pengguna dalam menggunakan perkhidmatan atau membuat pembelian seperti transaksi dalam talian dan penggunaan platform e-dagang dan sebagainya.
āTeknologi digital masa kini semakin membangun dan berkembang mengikut situasi semasa dunia khususnya dalam aktiviti kewangan seperti pembayaran, pinjaman, insurans dan pengurusan aset,ā jelas beliau.
Pada pertandingan ini, Cosmopoint College dinobatkan sebagai johan sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000, manakala Geomatika College Keningau, naib juara turut menerima hadiah wang tunai RM2,000.
Turut hadir, Ketua Seksyen Pendaya Upayaan Pengguna, Pentadbiran Dan Kewangan, Pejabat KPDN Negeri Sabah, Noraziela Binti Ramlin, Ketua Seksyen Perdagangan Dalam Negeri, Pejabat KPDN Negeri Sabah, Muhamad Asyraf Bin Ahmad Termimi, Ketua Cawangan Pejabat KPDN Daerah Keningau merangkap Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan, Awang Azri Bin Biahi, Ketua Cawangan Pejabat KPDN Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Beaufort, Julie Binti Julhani, Ketua Cawangan Pejabat KPDN Daerah Tuaran merangkap Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Tuaran, Syaripuddin Bin Moleng dan lain-lain.