Dr. Joachim menyerahkan bantuan bakul makanan kepada penerima di PDM kampung Perancangan.
RANAU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan rakyat khususnya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berucap dalam Sesi Penyerahan Bantuan Bakul Makanan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) kampung Perancangan, berkata, “kerajaan GRS melalui kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor begitu prihatin dalam menyalurkan bantuan dalam apa jua bentuk agar dapat membantu rakyat meneruskan kelangsunagn hidup.
“Dalam pada itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana turut memberikan sumbangan.
“Hari ini kita berkumpul di sini, bagi menyaksikan penyerahan bantuan bakul makanan kepada golongan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19”, kata Dr. Joachim yang juga merupakan Menteri Pembangunan Perindustrian.
Menurut Dr. Joachim lagi, seramai 2,654 ketua isi rumah menerima bakul bagi seluruh kawasan DUN Kundasang. Tempoh edaran bermula hari ini, manakala bagi kampung Perancangan seramai 40 penerima.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang ini menjelaskan lagi, bahawa Bantuan Bakul Makanan yang akan diedarkan ke seluruh kawasan Kundasang yang melibatkan 85 kampung dibawah kendalian Pejabat Daerah Ranau melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dibantu oleh Unit Pegawai Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang.
“Sekiranya berlaku keciciran penerima bantuan, hendaklah memaklumkan kepada JPKK, dengan mengambil beberapa kriteria permohonan.
Dr. Joachim juga menegaskan bahawa JPKK perlu adil, tidak berat sebelah dan tidak mengira apa juga fahaman politik penerima bantuan.
“Sekiranya ada aduan dibuat oleh orang kampung, tindakan tegas akan diambil.
Turut hadir dalam sesi penyerahan ini ialah Pegawai Daerah Ranau, Syharin Samsir, Penolong Pegawai Daerah, Florensia Padasian, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Yubidi Gumpoyo, Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM), Dounis Sani, kakitangan Pejabat ADUN dan UPPM Kundasang.